Wednesday, October 21, 2015

Gembira sangat untuk kakzu dan akmal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada kakzu dan akmal, tahniah untuk anda berdua. Kedua-duanya berjaya untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi iaitu PHD. Masa dapat perkhabaran itu, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu, betapa gembiranya hati ini. Hehe. Bertubi-tubi ucapan tahniah saya berikan kepada kepada mereka.

Akmal sambung belajar bulan 10 haritu dalam bidang elektrik. Dan sekrang berada di Johor Bahru. Akmal ini seorang yang gigih, suka tolong kawan2, baik hati. Senang cerita, bestlah sape yang dapat berkawan dengan akmal. By the way, akmal ni tua setahun daripada saya. Hihihi. Jangan marah akmal. Tahniah akmal!

Kakzu, baru tahu harini. Kakzu dapat biasiswa YTN. Alhamdulillah kakzu. Yang dengan kakzu ni lagi lah memacam saya berkongsi2. Masalah, pendapat semua kongsi dengan kakzu. Sekarang ni kakzu tengah menyiapkan proposal utk PHD di UNITEN. Kakzu, nat nak ikut kakzu boleh tak! Hikhik. Tahniah kakzu!

Dan saya masih seperti dulu. Hehe

Mistik: Bila makan makanan yang BERKACA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu-dulu zaman belajar, haruslah makan di luar. Semua jenis kedai makan dah pernah makan. Ada yang makan ulang-ulang lagi sebab sedappppp sangat masakannya. Nak dijadikan cerita, selalu pegi makan reramai, tapi petang tu, pegi makan sensorang. Kawan takmo makan,  sbb esok ada test. Okay lah kan. Sebab ada kenderaan, pergilah seorang diri ke kedai makan. Sendu tak. Hahhaha

Kalau pergi sengsorang ni, memang bungkus je. Malas nak menghadap jalan time makan sengsorang kat dalam kedai makan. Keluar kolej pkul 530 petang, sampai kedai makan 545. Order makanan. Dalam 645 baru siap. Lamakan!!

Hampir sejam menunggu sambil mainlah segala game dalam phone tu. Huh. Lepas bayar, nak balik kolej balik. Sampai kat pintu masuk universiti, pak guard tahan lah pulak. Rasanya, baru pkul 7, kenapa nak tahankan. Sedangkan sticker kereta semua ada. Kad pelajar tergantung depan aircond tu hah. 

Pak guard tu duk lah suluh-suluh kat tempat co-pilot. Kat situ ada makanan yang dibeli je kot. Mana ada orang. TAKDA! Dah nak turunkan tingkap sisi kereta dah time tu, nak tanya " Pakcik suluh apa". Belum sempat bertindak, pak guard dah suruh jalan. Okaylah kan, dia tak saman. Hikhik.

Sampai kolej, terus bukak makanan. Prepare masukkan sup dalam mangkuk, air dalam cawan, dan nasi dalam polistren yang sama. Hahaha. MULA!

Baca doa makan. Minum air seteguk. Start nak rasa nasi yang dibeli. Suapan pertama, Alhamdulillah sesuatu. Sedapnya nasiiii. Mihmih. Padahal laparrrr. Suapan yang kedua, terjumpa sebutir kaca didalam nasi yang sepatutnya akan dimasukkan di dalam mulut. Huwaaa. Rasa nak nangis pun ada. Dah lah lapar, boleh pula jumpa kaca dalam makanan. Saya pun apa lagi, buang nasi suapan kedua, dan baca ayat kursi dan doa makan, seterusnya makan dengan suapan yang seterusnyaa sampai habis. No bazir2. Lepas makan, solat maghrib. Selesai.

Dah nak tido, call lah mak. Cerita lah pasal tadi. 

Jeng jeng jeng

Mak tanya kenapa sambung makan..sambungan di next entry...(lagu seram)

Monday, October 19, 2015

DE'XANDRA PERFUME WANGI MELETOPPP

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.

Hari ini nak meniaga minyak wangi. hehe. Jom nyanyi seround..

Biasanya tak pakai minyak wangi
biasanya tak suka begini
saya cemburu, saya curiga,
takut ada main disana
.
(Ayu Ting Ting- Minyak Wangi)

Kurangkan pembacaan banyakkan gambaran. okay tak. hikhik

Layan gambar. Berminat, boleh hubungi 0126330824

Mahukan saiz mini pun boleh, boleh request okay.