Monday, September 26, 2016

Rasa Hati (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alkisah...

Sebelum mendapat rezeki dalam bentuk kerja yang tetap lagi comel, selalu juga i meng update blog nie. Tapi, sayang...hahaha. Hanya separuh jalan. Apakah itu salah saya. Atau kekangan masa atau pemalas sebenarnya. Bila difikir-fikir kembali confirm saya yang malas. Hmm hmm. Nak buat macam mana, terkadang memalam pun still buat kerja office, tak pernah lekang..tido pukul 12 mlm pun after semua kerja office beres. Akan tetapi??? Pernah ke kerja2 ini habis??? Pertanyaan yang paling sulit untuk dijawab.hikhik

Saya ini bekerja takdelah hebat sangat. Setakat Design Engineer je. Tapi, Alhamdulillah rezeki untuk bekerjaya ada. Amin. Hehe...kerja yang paling lama saya bertahan, even banyak liku2 kehidupan yang pahit terpaksa ditelan. Hahaha. Gaya cerita macam susah bebenar je kerjanya. Takde eh TAKDE. Kerja paling sempoi, bos pun baik. Apa lagi nak? Bersyukur je ke hadrat Illahi. Sebabnya, saya memang jenis yang sensitif, tak boleh orang kuat suara sikit bila bercakap. Terus rasa orang tu marah kita. Hahaha. So, dapat bos jenis soft spoken, kira credit lah untuk saya yang sendu nie. Abah pun kalau nak marah saya, kena ckp senada je. Hihihi. Mengada je pe'el saya nie. Hahaha. Agak agak siapa boleh tahan. Hukhuk.

Dedulu, sampai satu tahap tak tahan, pernah tanya ke kawan kerja(lelaki lah tapi),

 "saya nie sensitif sangat ke?"

Sampai macam tu kot i tanya kat dia. Hahaha. Dan jawapan dia sangat membina.

" eh takdalah. Awak okay."

Jawapan selamatkan. Hahaha. Tapi, if kita ada keresahan, dan dilemparkan ke orang yang jenis berfikiran positif je, confirm kita pun jadi positif. Kalau kita lemparkan persoalan tu dekat orang yang negatif, mahu menangis i balik dari office.. sobsob. Awak kena faham hati saya, walaupun susah untuk dimengertikan. Haa.. ayat pun semakin pelik.. Kalau dulu2 selalu buat karangan "Aku sebatang pen" , sekarang dah boleh buat essay "Aku adalah aku". Confirm!! Semakin jauh penulisan, semakin complicated, semakin susah terurai, semakin banyak rahsia tersimpan rapi dan masih menjadi rahsia walaupun, sudah sampai ke last paragraph. Itu adalah saya.

Biar action yang berbicara.

Saya jenis yang macam nie. Cakap banyak banyak sampai berbuih ( pepatah mak mak) pun tak guna, kalau bercakap dengan seseorang yang mahu menang sendiri. Ambil lah langkah untuk mematikan setiap perkataan sekalipun ayat. Hahahaha Terlihat kejam di situ, tapi nak buat macam mana? Dah jenis tak minat nak ulang point yang sama sampai 88 kali. Kalian semua tidak faham melalui perkataan, biarlah action yang memberi pengertian. Nie kalau orang baca, mesti pening. Dari bab kerja, ke luahan hati dan perasaan. Hihihi...pandai pandai lah switch mode okay!

Kepada si pembaca,

i love u so much
I love you.
I love you too
Hihihi


Sunday, April 24, 2016

Manis Pahit Berlalu

Untuk yang suka mengkritik...teruskan
Tiada paksaan untuk berhenti mengutuk.

Ada yang berkata saya nie bodoh kerana melepaskan seseorang.. hmm
Ada yang kata saya ini tidak pandai menilai...hmm
Ada yang kata saya nie terlalu mencari kesempurnaan...hmm
Itu semua mereka yang kata..

Adakah mereka tahu liku liku yang telah dilalui.
Adakah mereka tahu manisnya yang dilalui
Adakah mereka tahu pahitnya yang dilalui.
Adakah mereka tahu pedihnya yang dilalui.

Mereka berhak menilai
Mereka berhak mengkritik

Tapi,

Saya berhak menentukan jalan hidup saya walaupun pahit, pedih, luka, manis yang bakal dilalui.

Sekian.

Saturday, January 9, 2016

Fokus, Minat, Peluang, dan AMBIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Awak awak di sini, siapa yang berminat untuk shopping? Mungkin window shopping? Saya yakin, mesti ramaiiii sangat terutama sekali untuk kaum hawa. Betulkan??? Hehe. Sebabnya, saya pun jenis spesis yang begitu. Hahaha. Habislah duit gaji yang tak seberapa tapi, Alhamdulillah cukup. 

Faktor utama yang menjadikan saya kaki shopping adalah PANTANG. PANTANG nampak benda cantik, confirm nak beli. Oii lah, saya bukanlah golongan yang bila nak, terus keluar cash. NO NO NO!!!. Saya jenis sebelum membeli, tanya pada fikiran, "benda nie keperluan atau kehendak?". If keperluan , then u can buy it. Kalau just nak memenuhi your kehendak, batalkan niat. Takda pun, kumpul duit, 3 atau 4 bulan baru beli. Hehe. Tu jenis saya lah. 

KEHENDAK ATAU KEPERLUAN?

Sebagai contoh;

Jenis yang fokus pada suatu barang. 
Saya jenis yang minat minyak wangi. Tidak kisahlah ada brand ke giant ke tepi jalan ke, as long as wangi, memang confirm beli. Hikhik. 

Minat pada wangi wangian yang lembut, asalkan bukan bau bunga-bunga nie. For me, bau bunga ni tajam. Hikhik. So, cari perfume yang mempunyai haruman like candy, vanila haa macam tu.

Tetiba jejalan kat shopping tu, ternampak gerai minyak wangi. Fokus pada minat haruman candy and vanila. Opss, ada pulak tu. Jimat duit daripada melayang-layang ke perfume yang branded nie. Hehe

Dah dapat target, then grab it. Senang je. Hari-hari pakai semburan yang sama supaya senang orang nak kesan. Hahaha.

Yang penting

FOKUS, MINAT, PELUANG DAN AMBIL!!!

Siapa yang berminat dengan perfume De'Xandra boleh dapatkan di 0126330824. Nak bertanya-tanya sahaja pun tiada masalah.