Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai hello apa khabar? Lama tidak mencoretkan kata-kata ikhlas daripada hati yang tulus ikhlas ingin mencintai bercerita mengenai diri. Ekeke.
Lately ( tetiba bahasa orang putih, hikhik), diri ini agak sibuk. Bukan busy body okay! No no no. 18 tahun lepas duk sibuk mencari ilmu sampai terlupa mengenai kisah semasa. Dalam erti kata lain, katak bawah tempurung. Hmmm. Tapi tapi tapi, sekarang tidak lagi. Saya tahu pasal GST, saya tahu pasal pointer 3.85, saya tahu kisah anak kecil dirotan, saya tahu kisah pengeboman, saya tahu kisah saya. Mihmih. Nampak tak, berapa banyak pengulang "TAHU" itu. Dulu, semua tak tahu. Sekarang, Alhamdulillah tahu. Walaupun , tidak se expert mereka diluar sana. Sekurang-kurangnya, saya tidak melopong bila mereka berbual mengenai sesuatu perkara.
Selalunya, segala info dan Ilmu itu saya perolehi daripada pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan ofis. Haa, bila cakap kawan ofis maknanya saya sudah mula bekerja. Tapi bukanlah permanent, hanyalah part time. Tetapi, ilmu dan pengalaman yang diperolehi adalah segala galanya bagi saya. Banyak tak 'tapi'. Haha. Patutlah tak dapat cikgu BM. Okay masuk landasan balik. Saya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Tetapi, minat saya lebih menjurus kepada pendidikan. Hal ini disebabkan oleh, saya suka memberi dan berkongsi ilmu dengan ramai orang. Saya suka tengok muka pelajar2 yang faham apa yang saya ajarkan.
Kefahaman mereka adalah kepuasan saya!
Dapat tak kat situ. Bila dah bekerja dari 7 pagi sampai 3 petang. Dapat ber online hanya pada waktu petang dan malam. itu pun berdasarkan kepada bila adanya masa lapang.
Kepada yang datang melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih. Jangan rasa bosan tau. Sila tinggalkan kata2 azimat anda di dalam cbox saya. Saya akan cuba berkunjung ke blog anda pula. Sebab saya jenis suka membaca apa saja jenis bacaan fiction ke non fiction ke coretan hati ke petua ke resepi ke. Semua boleh. Hehe
Salam sayang,
Natra
ooo.. patutlah cik natra aktif malam je... hehehe...
ReplyDeleteilmu dunia kena ambil tahu... tapi ilmu akhirat jangan dilupa.. :)
Betul kak fariza. Saya duduk menabung untuk akhirat. jom sesama kita menuju ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Amin.
DeleteHehe
Betul kak fariza. Saya duduk menabung untuk akhirat. jom sesama kita menuju ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Amin.
DeleteHehe
salam ukhuwah..terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya..jemput la singgah;)
ReplyDeleteHai ena. Terima kasih juga kat awak sudi jenguk2 blog ini. Salam perkenalan dari saya, cik natra. =)
DeleteAssalamualaikum tuan tanah.. Singgah dari blog Diari Dandelion.
ReplyDeleteSemoga tuan tanah sekeluarga sentiasa berada di dlm lindunganNya.. ^_^
Mudah mudahan. Amin.
DeleteTerima kasih awak yang dari DiariDandelion. Salam kenal dari saya =)
saya pun sama, saya teringin nak jd lecturer tp masih di bangku sekolah... doakan saya dpt capai cita cita! happy blogging btw :)
ReplyDelete