Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yeayy. Ada juga segmen yang berkaitan dengan lagu. Seronoknyaaaa. Hikhik. Rasa macam nak melompat je. Mihmih. Sebabnya, saya ni memang minat muzik. Daripada melayu, inggeris, bollywood, kpop, jepun, jawa, sunda, indonesia dan pelbagai lagi. Hehehe. Boleh tengok kan i punya excited terhapad lagu dan music.
Cukup lah mengarut kat atas tadi. Now, Nak join punyalah mudah. Follow blog penganjur dan jawab soalan yang berkaitan dengan muzik. Uollss tak perlu menjawab sambil berpeluh mahupun berkerut dahi.haha. Sesungguhnya soalan yang diajukan memang jalan santai habis lah. Silap-silap jalan sambil seret je selipar uolls tu. Ekeke.
Nak join, klik banner bawah nie.
Awak semua ada masa 45 minit untuk menyelesaikan semua soalan yang diberikan. Dengan lafaz Bismillah, awak semua boleh mulakan sekarang. Tik tok tik tok.
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?
Disebabkan umur saya ni semakin muda, tentulah sudah lama saya habiskan zaman sekolah.hikhik. Lagu yang paling meninggalkan kesan adalah lagu sedang ingin bercinta. Padahal kat sekolah dulu tak dan pun nak bercinta. Pandang lelaki pun malas. Tapi, lagu tu lah yang sentiasa terngiang-ngiang setiapkali nak ulangkaji. Lepas buat revision, nyanyi ramai2 dengan kawan. Saya rasa lagu ni pelik. Sebab dia ada combination rock and dangdut. Lalu, ia yang menjadikan lagu ini unik.
2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.
Kalau bab sendu nie. Banyak benar lagu yang membuatkan saya sedih. Bukan sebab patah hati. Tapi sebab hati senipis kulit bawang. Huhuhu. Lagu yang tangkap leleh nie Bicara Manis Menghiris Kalbu. Memang terguris terhiris masa dengar lagu ini. Lagi-lagi, saya ni jenis suka memahami liriknya. Kalau lirik pun dah sendu, dengar lagu terus hujan kot. Geram kot kalau jenis mulut manehhh nie. Yang kita sendu nie, terus percaya cakap diorang. Sakitnya tuh disini sungguh.
3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!
Kalau yang membangkitkan saya daripada tersembam kat lantai nie, memang lagu GEMURUH by faizal tahir. Time menyanyi tu, memang confirm semngat semakin berkobar kobar kot. Sakit tu memang sakit, tapi semangat nak bangun daripada sakit itu lagi tinggi kot. Gemuruh jiwa, semangat membara~~~ Jom nyanyi bareng bareng. Hikhik
4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.
Haa..yang ni taktahu sape penyanyi dia. Tapi selalu nyanyi tepi bangunan sekolah sambil menangis tersedu sedu.huhuhu. Lagunya macam ni, ibuuuu, bergenang airmata ku..terbayang wajah mu yang redup sayup..tulusnya kasih yang engkau hampakan bagaikan laut tak bertepian...panjang lagi nie..hehehe
5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami.
Kalau tentang zaman sekarang, lagu yang melambangkan kehidupan sekarang adalah HARGAI AKU by armada band. Lagu yang takberapa nak sendu tapi memjadikan kita lebih menghargai mereka yang berada disekeliling kita. Kita perlu hargai mereka.
6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh
Saya nak nyanyi lagu dinding by siti nurhaliza. Haa. Apakah lagu dinding nie? Ala yang liriknya macam nie;
Disekelilingmu ada dinding yang menghadangi dan menhalangi
DIsekelilingmu ada laut-laut yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
cinta jua cita
Haaa..dah ingat! Lagu LEBIH INDAH BY SITI NURHALIZA. hikhik
7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.
Alaaa..bukan xmo nyanyikan untuk awak. Tapi suara saya kan sendu. Memang sesuai nyanyi dalam bilik air je. Hikhik. Maaf yer.
Masa dah tamat. Sila berhenti menaip jawapan anda searang juga. Hikhik
No comments:
Post a Comment