Sunday, June 7, 2015

Nokia 3310 dalam kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Zaman sekarang handphone dah super canggih. Zaman dulu ada 2 je fungsi handphone, pertama untuk buat panggilan dan yang kedua hantar mesej. Itu sahaja! Xde lah nak ada camera depan ke camera belakang ke. No no no.


Nokia 3310. Zaman dulu kala, kalau dah ada hphone ni punyalah bangga. Walaupun, x secanggih manggih, tapi masih dikira beruntung kerana bisa memiliki phone.

Kalau duk cerita pasal bateri, hphone ni lah paling save energy. Full charging, boleh tahan sampai 2minggu. Awesome tak? Takperlu fikir2 nak kena beli power bank ke tak? Okay tak phone ni kalau nak guna sampai habis waktu pejabat? Okay tak? Okay tak? Memang okay sangat uolss.

Masuk pulak bab ringtone lagilah best. Boleh create sendiri lagi. U can feels macam loke yew kot? Hikhik. Boleh buat coding sendiri untuk menghasilkan ringtone yang best2. Kalau nak best lagi, setiap kali beli majalah mesti ada senarai rintone yang lagi trending zaman itu. Serius tak tipu. Uolss boleh Belilah Rm3 untuk satu ringtone. Kalau lagu sendu, beli ringtone lain. Hahaha. Sudahnya, habis topup ke beli ringtone. Ekeke.

Tapi, itulah zaman yang paling dirindui. Zaman bercakap bertentangan mata. Zaman bercakap dengan penuh fokus. Zaman bercakap tanpa gangguan. 

Sekarang macam mana?

 Semua phone. Nak tengok kedai makan buka phone. Nak tengok update kawan buka phone. Semua handphone phone phone. 

Haish, semakin sadis pergaulan kita. Semakin hilang perbincangN kita. Kesat ayaq mata.


No comments:

Post a Comment