Monday, November 2, 2015

Menanti untuk sesuatu yang lebih baik, namun hampa ketika tiba saatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tajuk panjang mintak ampun. Kengkadangkan, teringin nak up new entry, tapi bila difikir balik, hmm hmm. 

Jangan salah faham tau terhadap tajuk yang diberikan. Maksudnya kat sini,,,

Di pagi yang hening, sedang jari jemari menari-nari di keyboard...

Kringgg kringg kringgg.
Phone berdering dengan rancaknya, 

N: hello, cari siapa ye?

S: hello, boleh bercakap dengan Miss N. Saya membuat panggilan daripada (company A). Miss ada apply untuk jawatan ******* di company ini kan? So, pihak kami ingin menawarkan position tersebut kepada Miss N. (Dah pegi temuduga pun bulan 2 haritu). Kami menawarkan RM**** kepada Miss N.

Setelah panjang lebar si S ini terangkan,,,

N: Kalau saya berminat, apakah tindakan lanjutan yang perlu saya lakukan. Ataupun, saya harus menunggu email/offer letter from your company?

S: Saya hanya menunggu jawapan Ya atau Tidak sahaja daripada Miss N. Selepas itu, email akan menyusul kemudian.

N: (gembira tapi macam pelik sebab ada offer yang jenis macam ini). Okaylah kalau macam tu. Saya akan tunggu email daripada pihak Encik.

Mengikut perjanjian, awal oktober akan dapatlah segala surat bagai. Tapi, senduuu. Saya buat panggilan susulan untuk bertanyakan status saya dan email seperti yang dijanjikan. Mereka jawab, akan susul kemudian. 

Tapi, lelama jadi tawar kot. No manis2 macam donut campak2 iolss. Mihmih

Lalu, saya biarkan sahaja position itu. Mungkin mereka sudah menjumpai seseorang yang lebih tepat untuk memegang position tersebut.

Malas dah nak buat follow up!!!

Sekian, tamat. Hahahha

No comments:

Post a Comment