Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapakah yang berstatus pelajar disini? Angkat tangan yoo angkat tangan. Hehe. Kalau ikut kira-kira, anda semua dah nak hujung-hujung sem kan. Minggu2 yang nak kena hadap dengan test assignments kuizs yang teramatlah banyak. Kekadang tu, sampai kena beraturlah, mana nak siapkan assignment, revision for kuiz dan test. Huh. Capek deh!
Ketika inilah, kita kena bijak merancang dan buat pembahagian masa dengan berhati-hati. Bila nak buat assignment, bila nak buat revision, bila nak borak, bila nak makan, bila nak rehat, bila nak layan korea, dan bilaaa larut malam. Hikhik. Semuanya bila bila bila.
Apalagi, ambil sehelai kertas, buat petak macam jadual kelas, and then, catitkan bila waktu nak buat benda2 yang dalam lists tadi tu. Senangkan. Hehe. Nak buat jadual tugasan memang senang, nak ikut setiap yang telah dijadualkan tu, pahit liat yang amat. Kan. Kan. Kan. Sudahnya, jadual hanyalah jadual. Hmmm sendu lagi. Susah betul nak latih diri supaya lebih berdisiplin.
Meh, nak kongsi tips sikit. Selalunya, otak kita akan berfungsi 100 percent di awal pagi ketika jam 4 pagi sampai 6 pagi. Apa lagi, ketika inilah kita bangun pepagi untuk study. Saya sudah mencubanya, Alhamdulillah berjaya. Lagi2, subjek yang memerlukan penghafalan. Hehe. Lepas subuh tu, sambung belajar sikit lagi. 730 pagi, start kereta cari sarapan. Ekeke. Sarapan sangat penting tau. Kalau pegi kelas dalam keadaan berlapar memang sudahnya, belajar ntah kemana, duk fokus menahan lapar. Kan dah rugi!
Siang hari dah busy dengan kelas. Makanya, Dimalam hari adalah waktu yang sesuai untuk buat assigment bagai. Buat latihan ke. Jangan lah duk membaca pulak, ada yang lepas 15 minit, buku yang baca awak. Sebab saya berkata demikian, otak kita dah digunakan semasa didalam kelas. Maka otak pun dah penat. Itu jelah sebabnya. Heheh. Tapi tapi tapi, jangan lupa yang wajib pula. Solat 5 waktu jangan lupa!. Dah berusaha, kita tawakal.
Kesimpulannya, belajar lah dipagi hari dalam pkul 4 pagi hingga 6pagi. Sarapan jangan lupa. Jangan skip yang wajib, solat 5 waktu. Buat solat sunat Dhuha.
Usaha dan berdoa.
Goodluck untuk semua!