Friday, August 20, 2021

DOWN ITU WUJUD (PART2)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nak cerita je, pernah tak dengar pasal mental abuse nie. Di zaman pkp pkp nie, masalah mental jadi hot issue kay. Termasuk yang menulis ini. Nak cerita mukadimah, tak reti. Terus je le eh.

Di suatu masa dulu, saya seorang yang pendiam. Memang gila2 pendiam. Boleh je nak bercakap, tp bila perlu. Risau, kalau salah cakap, orang akan terasa. Terkadang, benda tu kita anggap gurauan, tp mungkin isu sensitif bagi others. We never know right?  Thats why pilih utk jadi pendiam. Tapi, pendiam yang alhamdulillah bijak. Alhamdulillah. Masa zaman2 belajar dulu, mcm ada je banyak solution utk problem2 nie. Tapi, bila dah era kerja nie, mcm dah slow mo sikit fikiran nie. Tak setajam zaman sekolah. 

Saya perasan je, saya start berkurang after latihan industri. Ada satu ayat yg sampai sekarang, bila saya nak suggest atau advice tentang sesuatu perkara, saya akan teringat ayat tersebut. 

"Dapat 4 flat nie, agak2 boleh dapat kerja bagus tak”.

 Allahu. Berderai terus airmata. Puncanya, nak minta hadiah sebab dapat 4flat utk sem tu. Niat sebenar, nak gurau je. Sekali dapat ayat se-das. Nangis sepanjang hari. Lepas kejadian tersebut, result sem sebenanrnya makin menurun, dan menurun sebenarnya. Yg selalunya boleh dapat 3.91-4.00, terus dapat 3.70-3.90. Alhamdulillah masih okay. Dekan list.

Masuk master, result dah jadi 3.50-3.75. Makin kurang. Sebab tu, saya ambil keputusan, untuk stop sementara dekat master, sebelum sambung PHD.

Mindset saya jadi, its okay asal lulus je.

Kalau dulu, kena score x kiralah macam mana sekali pun. 

Alhamdulillah, masih ada kerja walaupun xsehebat awak2 dkt luar sana and adik beradik. Saya yakin, saya akan bersinar sesuai dengan waktunya. 🥰

Love yourself, before you're falling in love with someone else. 🌹

Salam

Sunday, August 15, 2021

DOWN ITU WUJUD (Part 1)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera awak.


Lama betul tak update blog nie. Bukan setakat bersarang, dah usang barangkali. 😅 Akibat terlalu busy dengan kerjaya kerja dan kerjaya, maka hobi menulis ditinggalkan begitu sahaja. Semakin lama ditinggalkan, semakin rasa kehilangan. Semakin mudah beremosi dan semakin mudah DOWN. Mungkin ini merupakan fasa in my life, di mana, saya sangat merasakan down, demotivated dan jadi lesu kemalasan untuk melaksanakan kerja2 office. Setiap kali habis je weekend, saya rasa takut atau gementar untuk memulakan kerja pada keesokkan harinya. Bila weekdays, sangat counting the days untuk weekend. 😔😔😔

Dalam kepala always bermain, saya x sehebat yang lain. Banyaknya kesalahan dan mistake yg saya buat. Kenapa semua yang saya buat, x sesempurna orang lain buat. Saya ni tak bijak ke? Saya nie menyusahkan orang ke? Saya nie memeningkan orang ke? Actually, soalan2 nie lah yg selalu bermain bila start Isnin. 

Saya tahu, tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T. Tapi, sebagai manusia, if setiap kerja ada je kesalahan wpun kecil, ia akan menjadikan kita rasa, Ya Allah, kenapa masih ada minor kesalahan, sedangkan kita dah mencuba buat yang terbaik. Mungkin terbaik dimata kita, tp belum sempurna dimata mereka yang lain.

Saya meletakkan segala kesalahan hanya diatas diri sendiri. Sebab apa, orang lain boleh je buat, orang lain boleh je siapkan, orang lain perfect je kerja dia, orang lain boleh je menjadi contoh, orang lain dan seterusnya... Dan salah saya, sebab saya always membandingkan diri dengan orang lain. Perbandingan itu untuk menjadi motivasi diri saya, end up perbandingan tu jadi musuh dalam diri saya. Yang sentiasa menghantui dan menjatuhkan saya. Sedihnyaaaa.

Dulu, saya bukanlah seperti ini. Dulu saya seorang yg calm no matter susahnya perjalanan saya. Saya tak indah kata2 orang. If saya salah, saya buat correction until i can get a fullmark. Sekarang, kenapa tak boleh? 

Salah2 ketika submit kerja, ditegur dan disuruh buat correction, kenapa rasa DOWN??? Bagus dah orang tegur, agar awak tak buat kesalahan yang sama. Lambat submit kerja, kenapa boleh jadi macam tu? Disebabkan tak bijak dalam merencana lah kan? Tak tahu, yang mana must do, should do and have to do??? For me, semuanya must to do. Sudahnya, banyak benda yg terlepas deadline, sebab buat kerja2 adhoc nie 😓.

Satu je saya percaya, akan ada pelangi lepas hujan kilat selama berhari-hari. Jom kita layan proses. Kena marah ke, kena kejar ke, kena bebel ke itu adalah effect drpd kesalahan tersebut. So, sabar sabar dan terus bersabar. JANJI ALLAH SWT ITU PASTI. UJIAN DIBERI SESUAI DENGAN KEUPAYAAN KITA.

Nanti if berpeluang untuk menulis, saya akan ceritakan bagaimanakah keadaan saya ketika down tersangat. Semasa tengah menaip nie pun, saya masih lagi down. Love yourself semaunya. 🥰

ALHAMDULILLAH. 🥰