Assalamualaikum dan salam sejahtera awak.
Lama betul tak update blog nie. Bukan setakat bersarang, dah usang barangkali. 😅 Akibat terlalu busy dengan kerjaya kerja dan kerjaya, maka hobi menulis ditinggalkan begitu sahaja. Semakin lama ditinggalkan, semakin rasa kehilangan. Semakin mudah beremosi dan semakin mudah DOWN. Mungkin ini merupakan fasa in my life, di mana, saya sangat merasakan down, demotivated dan jadi lesu kemalasan untuk melaksanakan kerja2 office. Setiap kali habis je weekend, saya rasa takut atau gementar untuk memulakan kerja pada keesokkan harinya. Bila weekdays, sangat counting the days untuk weekend. 😔😔😔
Dalam kepala always bermain, saya x sehebat yang lain. Banyaknya kesalahan dan mistake yg saya buat. Kenapa semua yang saya buat, x sesempurna orang lain buat. Saya ni tak bijak ke? Saya nie menyusahkan orang ke? Saya nie memeningkan orang ke? Actually, soalan2 nie lah yg selalu bermain bila start Isnin.
Saya tahu, tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T. Tapi, sebagai manusia, if setiap kerja ada je kesalahan wpun kecil, ia akan menjadikan kita rasa, Ya Allah, kenapa masih ada minor kesalahan, sedangkan kita dah mencuba buat yang terbaik. Mungkin terbaik dimata kita, tp belum sempurna dimata mereka yang lain.
Saya meletakkan segala kesalahan hanya diatas diri sendiri. Sebab apa, orang lain boleh je buat, orang lain boleh je siapkan, orang lain perfect je kerja dia, orang lain boleh je menjadi contoh, orang lain dan seterusnya... Dan salah saya, sebab saya always membandingkan diri dengan orang lain. Perbandingan itu untuk menjadi motivasi diri saya, end up perbandingan tu jadi musuh dalam diri saya. Yang sentiasa menghantui dan menjatuhkan saya. Sedihnyaaaa.
Dulu, saya bukanlah seperti ini. Dulu saya seorang yg calm no matter susahnya perjalanan saya. Saya tak indah kata2 orang. If saya salah, saya buat correction until i can get a fullmark. Sekarang, kenapa tak boleh?
Salah2 ketika submit kerja, ditegur dan disuruh buat correction, kenapa rasa DOWN??? Bagus dah orang tegur, agar awak tak buat kesalahan yang sama. Lambat submit kerja, kenapa boleh jadi macam tu? Disebabkan tak bijak dalam merencana lah kan? Tak tahu, yang mana must do, should do and have to do??? For me, semuanya must to do. Sudahnya, banyak benda yg terlepas deadline, sebab buat kerja2 adhoc nie 😓.
Satu je saya percaya, akan ada pelangi lepas hujan kilat selama berhari-hari. Jom kita layan proses. Kena marah ke, kena kejar ke, kena bebel ke itu adalah effect drpd kesalahan tersebut. So, sabar sabar dan terus bersabar. JANJI ALLAH SWT ITU PASTI. UJIAN DIBERI SESUAI DENGAN KEUPAYAAN KITA.
Nanti if berpeluang untuk menulis, saya akan ceritakan bagaimanakah keadaan saya ketika down tersangat. Semasa tengah menaip nie pun, saya masih lagi down. Love yourself semaunya. 🥰
ALHAMDULILLAH. 🥰
No comments:
Post a Comment