Sunday, May 3, 2015

Asas Litar Elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jejom harini kita sembang-sembang pasal elektrik sikit. Nak share sikit-sikit je. Hehe. Kemungkinan, ilmu yang bakal dikongsi ini sudah diketahui oleh anda semua. Tapi, tak kira nak kongsi jugak. Mihmih. Nak kongsi kasi anda semua faham apa itu elektrik. Bukan sekadar menggunakannya sahaja. Ewah ewah bukan main bersemangat waja lagi.

okay, lets start!

Elektrik merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan seharian. Tanpa elektrik, semua pekerjaan kita akan tergendala. Contohnya, sebagai surirumah, mesin basuh perlu dijalankan di awal pagi. Sekiranya, terdapat gangguan elektrik, maka kerja cik surirumah akan terganggu kelancarannya. Huh. Stress tau!

Tapi, pernahkah anda terfikir, bagaimanakah terhasilnya electricity tersebut. Ke ianya satu keajaiban. Haa!!

Elektrik yang digunakan oleh pengguna telah melalui 3 bahagian. Pertama, generation kemudian transmission dan terakhir adalah distribution.

Generation adalah satu bahagian dimana elektrik dijanakan. Antara contoh generation's part adalah stesen janakuasa hidro, batu arang, angin dan lain lain lagi. Voltan yang terhasil di bahagian generation hanyalah 15kV. Kemudian, arus tersebut akan melalui bahagian transmission. 

Dibahagian transmission ini, voltan tersebut akan ditingkatkan kepada 500kV, 275kV dan 132kV. Voltan ini ditingkatkan menggunakan transformer. Fungsi transformer adalah untuk meningkatkan atau menurunkan kadar voltan. Dan semestinya,  ramai yang tertanya, kenapa voltage dinaikkan ketika melalui di bahagian penghantaran? Hal ini disebabkan oleh, apabila voltan semakin tinggi, arus akan berkurang (ohm's law), dan penggunaan saiz kabel juga akan menjadi kecil. Makanya, ianya dapat mengurangkan kos pembinaan menara transmission.

Sebelum di agihkan kepada pengguna (400v atau 230v), sekali lagi voltan tersebut akan melalu transformer untuk menurunkan kadar voltan bersesuaian dengan kehendak pengguna. Haa, faham x?

Panjangnya membebel. Ekekeke.

2 comments:

SukaSedap MY said...

minat letrik tapi memang pening nak belajar . huhuu

LembutSiMerahJambu said...

mad parihh amek course apa eh. Manalah tahu, tetiba nak belajar course tu. Boleh mintak mad parihh ajar..hehe