Saturday, November 7, 2015

Berminat ke dengan Program TV dari Indonesia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada ke yang berminat nak baca blog yang super sendu nie? Dah lah selalu sepi tanpa berita. Ish ish. Bukan apa, terkadang tu banyak idea, duk lah mengarang bagai, sudahnya hmm hmmm. Draft lagi!

Kebetulan harini pun macam malas nak bercerita, tapi kita share je lah yer.

Pertama sekali, saya nie memang jenis minat terhadap cerita-cerita daripada negara seberang. Terutamanya, Indonesia! Sebab apa minat?? Sebab ianya kelakar, banyak gombal, seru lucu bagai lah. Kalau ada yang tanya, daripada minatnya cerita-cerita dari Indonesia? Semuanya bermula dengan cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTIH. Ingatkan! Duk tunggu sampai beratys ratus episod, sudahnya MIMPI ( sambil zoom kat mata ). Hihi. Walaupun ceritanya macam tu, saya still lagi menunggu apa next? Apa next? Apa next?

Kemudian, saya mula menyukai lawak komedi dari Indonesia. "OVJ" Siapa pernah nonton? Angkat kening. Mihmih. Serius, cerita ni memang lawak gilaaaaaa. Haha. Antara pemerannya adalah SULE, ANDRE, PARTO, AJIZ GAGAP dan NUNUNG. Ceritanya sangat2 lucu, disamping ada nyanyian, rayuan gombal, jahilin pemeran yang lain. Pokoknya, semuanya besttt dan gelak tanpa henti kott. Paling best, lakonan SULE. Lawak habislah. Hahaha. Tapi, sekrang dah takde lagi. Sobsob

Kemudian, beralih kepada EKSIS. haa, Kalau yang ini, saya pernah bahaskan dalam entry tempoh hari. Hehe. Rajin-rajinlah membaca. Hehe. Indra Herlambang!

Dan terakhir sekali, INI TALK SHOW. Ini sejenis talk show yang di hos kan oleh SULE dan co-host ANDRE. Ini pun salah satu feveret saya. Hahaha. Asal ada SULE, memang saya minat ceritanya. Lawak habislah. Hahaha. Dalam nie, ada banyak lagu yang lucu. Contohnya, nanti ada Assistant RumahTangga bawak minuman ke artis,start lah menyanyi;

Bohayyyyy, teh bohay buatan Maya, teh bohay buatan Maya.

Banyak lagi lagu yang lain. Seperti, lagu untuk satay, siomay, rojak..semua lengkap lah. Kikiki

Yang paling tak boleh blahnya, adik lelaki dulu selalu duk kutuk2. Cerita apalah yang ko tengok niee. Tak faham satu benda pun. Lalu berlalu pergi. 

Sekarang tidak lagi, dia yang lebih layan INI TALK SHOW berbanding saya. Tulah, lain kali tengok dulu, jgn nak tembak kata tak best. Hahaha

No comments:

Post a Comment