Tuesday, November 3, 2015

Mistik: Bayi tumpang sepanjang perjalanan pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kembali bermistik. 

Kejadian berlaku ketika pulang daripada tempat belajar ke rumah emak. Sepanjang perjalanan memang dah fikir, harini takmahu ikut jalan A sebab gelap sangat. Tambahan pula, saya pulang sorang pada hari itu. Memang dalam kereta dengar alunan lagu dengan nasyid balada pop rock dut, semua ada. Gerak dari JB tengahari, memang sampai malam lah dekat rumah. Estimate 5 jam perjalanan untuk sampai, tu pun kalau bawak 100++. Kalau bawak seperti kura-kura melintas jalan memang lama lagi nak sampai.

Sampai satu simpang, saya wajib untuk exit keluar nilai. Keadaan masih aman lagi kerana hari masih cerah cerah cerah. Duk layan segala macam lagu, sambil memandu, kepala tak henti2 kata, harini ini tak boleh lalu Jalan A. Bawak memang dah habis hati-hatilah. Sekali, bang bang boom!

Terlepas simpang. Dalam pada hati-hati pun boleh terlepas. Teruk betul perangai. Huh. Dah takda pilihan, dalam keterpaksaan kena lalu juga jalan A tersebut. Rasa nak marah je dalam hati. Yelah, dah aim tak mahu lalu jalan tu, tetiba kena lalu. Mahu tak hangin. Itulah ada kata menyebut " kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". Masih lagi amannn.

Kisahnya bermula di satu titik.

.
Sampai je kat jalan A, dah masuk waktu Maghrib. Memang sepanjang jalan tersebut takda surau untuk berhenti solat. Kiri kanan lombong kata orang. Suasana jadi sangatt gelappp. Kereta semakin berkurang melalui jalan tersebut. Satu dua kereta sahaja yang ada. Tup tup tup...
Terdengar suara baby menangis. Uargg. Saya terus perlahankan volume radio yang sememangnya slow. Masih kedengaran suara baby itu menangis. Makin lama makin jelas. Mahu tidak mahu, saya terpaksa intai ikut cermin pandang belakang. Alhamdulillah, tiada yang tidak tidak disitu. Tapi, macam pelik, satu kereta pun takda yang lalu jalan itu. Gelapnya mintak ampunn. Memang gelap. 

Tetiba terhidu sesuatu yang harum semerbak. Sudah! Takkan lah kot. Ni kat kawasan lombong kot. Instighfar banyak banYk masa itu. Ayat kursi tak lekang daripada mulut. Sampai lah satu tahap, saya berkata di dalam hati;

"Sekiranya kau ingin menumpang di dalam kereta ini, sila keluar setelah sampai ditempat cerah"

Haa, sampai macam tu sekali. Siap buat komunikasi bagai. Huhu. Bila sampai lampu jalan yang pertama, tiada lagi tangisan bayi. Tiada lagi haruman wangi. Tetiba jalan jadi sesak. Belakang saya pun dah ada kereta. Keadaan kawasan tersebut totally lain 360 darjah. Agak2 kenapa yer? 

Sekian.

No comments:

Post a Comment