Showing posts with label PENULIS HATI. Show all posts
Showing posts with label PENULIS HATI. Show all posts

Sunday, May 3, 2015

Kucing Manja Tapi Takut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rasanya dah banyak kali tengok orang duk post pasal kucing. Geramnya. Saya suka tengok kucing, sebab kucing itu manja. Tapi tapi tapi, saya selalu nampak kucing macam HARIMAU. Dah lah nampak macam harimau, harimau yang paling garang yang hanya menunggu masa untuk menyerang. Seramnya nak pegang dan belai kucing ini. Huhuhu.

Banyak kali mencuba untuk belai si comel kucing ini. Tetap tak berjaya. Sendunya. Malahan, telinga jadi sangat aktif bila dengar bunyi kucing. Bila dengar je bunyi kucing mengiau, mata dah melilau cari kewujudannya. Bila nampak je kucing itu semakin hampir, apa lagi
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ah ah ahhhhhhhh
Menjerit macam nampak benda "lain". Pernah satu ketika, sampai tak mahu makan kat kedai makan. Sebab kucing selalu sangat nak naik kat riba. huwaaaaaa.

Ada orang cakap, bukan saya yang cakap, kucing dapat hidu orang yang takut kucing. Betul ke? Jawab sendiri lah eh. Hahaha. Betul lah kot. Sebab selalu kena attack dengan kucing je setiap kali keluar. Aduhaiiii kucing.

Meh kita fikir luar kotak sikit, cuba bayangkan orang yang takut kucing terperangkap dalam lif yang ada seekor kucing selama sejam. Apakah yang terjadi pada orang tersebut dan kucing itu?

Buat si penggemar kucing, walaupun saya takut tahap pelangi dengan kucing, saya tak pernah tendang kucing itu. Tak pernah walaupun sekali. Nampak tak berapa banyak walaupun. Hihihi. Kurangnya membaca, maka kuranglah penanda wacana. adeh.

Kepada anda yang minat dengan kucing, cubalah bagi tip untuk penakut kucing ini. Manalah tahu, dengan tips2 anda, saya dah tak takut kucing lagi. Hehehe. Kan best.

Salam sayang

Tuesday, April 28, 2015

Pengalaman mengajar erti kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai hello apa khabar? Lama tidak mencoretkan kata-kata ikhlas daripada hati yang tulus ikhlas ingin mencintai bercerita mengenai diri. Ekeke.

Lately ( tetiba bahasa orang putih, hikhik), diri ini agak sibuk. Bukan busy body okay! No no no. 18 tahun lepas duk sibuk mencari ilmu sampai terlupa mengenai kisah semasa. Dalam erti kata lain, katak bawah tempurung. Hmmm. Tapi tapi tapi, sekarang tidak lagi. Saya tahu pasal GST, saya tahu pasal pointer 3.85, saya tahu kisah anak kecil dirotan, saya tahu kisah pengeboman, saya tahu kisah saya. Mihmih. Nampak tak, berapa banyak pengulang "TAHU" itu. Dulu, semua tak tahu. Sekarang, Alhamdulillah tahu. Walaupun , tidak se expert mereka diluar sana. Sekurang-kurangnya, saya tidak melopong bila mereka berbual mengenai sesuatu perkara.

Selalunya, segala info dan Ilmu itu saya perolehi daripada pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan ofis. Haa, bila cakap kawan ofis maknanya saya sudah mula bekerja. Tapi bukanlah permanent, hanyalah part time. Tetapi, ilmu dan pengalaman yang diperolehi adalah segala galanya bagi saya. Banyak tak 'tapi'. Haha. Patutlah tak dapat cikgu BM. Okay masuk landasan balik. Saya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Tetapi, minat saya lebih menjurus kepada pendidikan. Hal ini disebabkan oleh, saya suka memberi dan berkongsi ilmu dengan ramai orang. Saya suka tengok muka pelajar2 yang faham apa yang saya ajarkan. 

Kefahaman mereka adalah kepuasan saya!

Dapat tak kat situ. Bila dah bekerja dari 7 pagi sampai 3 petang. Dapat ber online hanya pada waktu petang dan malam. itu pun berdasarkan kepada bila adanya masa lapang. 

Kepada yang datang melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih. Jangan rasa bosan tau. Sila tinggalkan kata2 azimat anda di dalam cbox saya. Saya akan cuba berkunjung ke blog anda pula. Sebab saya jenis suka membaca apa saja jenis bacaan fiction ke non fiction ke coretan hati ke petua ke resepi ke. Semua boleh. Hehe

Salam sayang,
Natra

Wednesday, April 22, 2015

Blogging membantu Interview

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mula-mula senyum. Kemudian senyum dengan lebih lebar. Kemudian senyum sampai mata sepet. Lalu, terbahak-bahak ketawa. Padahal, tidak lucu pun. Hehe. Itu namanya terapi pipi, kasi urat-urat muka sentiasa berfungsi dengan lebih lagi. ekekeke.

Apa kena mengena blogging dengan interview atau temuduga? Haruslah ada! Ini pengalaman sendiri yang sendu bab mengarang ayat-ayat cinta. Itu baru mengarang dah sendu. Kalau bercakap, lagi lagilah meraung. Hikhik. Tapi, jangan risau, dengan blogging semuanya bisa diatasi! Di atasi okay! Bukan di bawahi! Hahaha

Berdasarkan pengalaman yang baru menyemai benih dalam blog ini, ada satu benda baru yang dapat dipelajari. Salah satunya, macam mana nak karang ayat supaya mengancam sexy and wow gitu. Hikhik. Selain kita yang menulis, sometimes bila kita blogwalking, kita boleh belajar macam mana blogger lain mengarang ayat. Makanya, selalu lah blogwalking. Banyak yang kita dapat, first dapat ilmu, second dapat info dan lain-lain lagi.

Tambahan pula, kebanyakkan blogger mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada yang cikgu, engineer, architecture, umur pun pelbagai jenis umur. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan pemikiran kita dapat berfikir seperti mereka. Contoh, kita yang umur 17 tahun tapi pemikiran lima tahun lebih tua daripada umur. Itu sudah bagus! Lebih kenal erti tanggungjawab. Not just salahkan to other person!

Itulah lah dapat saya pelajari. Dan lagi satu, pelbagai info mengenai cara menghadiri temuduga juga boleh didapati di dalam blog. Malah, mereka akan berkongsi perasaan dan situasi ketika temuduga. Beruntungkan! Sangat untung!
Saya suka! 

salam sayang.

Wednesday, April 15, 2015

Kata adalah Doa

Assalamualakun dan salam sejahtera.

Lama tidak bersua maya.hihihi. Apa khabar? Moga sihat sejahtera kamu semua. Jangan risau, saya tidak kemana-mana pun. Dont worry, okay!. 

Pernah atau tidak, terkadang kita terfikir kata-kata kita merupakan salah satu idea bagi mereka diluar sana. Dengan nada bersahaja, terkeluar " eh, you looks very beautiful today". Secara tidak semena, confident level kawan kita terus up. Pernah tak? Pernah tak?

Samalah juga keadaanya, kita cakap, if you have sedikit simpanan, why not you beli rumah as your asset?. Almaklumlah, harga rumah semakin tinggi memuncak. Bilalah agaknya akan turunkan. Hmm. Mengeluh sebentar. Esok lusa, kawan kita itu call and beritahu bahawa dia dah beli rumah beralamat di;

No.3 Jalan Strawberry
123456 Blueberry
Blckberry.

Jemput ke rumah. Kata kawan tadi.

Tell me apa yang anda rasa? Jangan bohong! Mesti rasa, sayangnya dekat kawan itu, dia mempertimbangkan suggestion kita kat dia tempohari. Baguskan !. Daripada you dengar and then bangkang sehabisnya mungkin. Siap perli lagi, idea you tidak masuk akal. Hello!!! Dah u minta suggestion i bagilah, kalau rasa nak kutuk, tak payah minta pandangan. Seharusnya minta penamparan je. Senang. Huh. Berpeluh menahan geram.. grrrr.

Walaupun pandangan kawan kita tu tidak masuk di akal fikiran awak #padahaloranglainkatarelevan cakap elok-elok. Tak perlu nak kutuk-kutuk kawan tu. Kesian, u akan menyebabkan kawan itu low confident level dalam memberi pandangan. Jadi TAKUT!! Untuk meluahkan.

Tapi tapi tapi, tidak semua macam itukan. Hanya seelintir sahaja. Dan mereka pun ingin berubah ke arah yang lebih baik. 

Kata-kata adalah DOA. Makanya, cakap yang baik baik sahaja. Mohon pengertiannya.

Wednesday, April 8, 2015

MELAKAR PELANGI TERINDAH

Assalamualaikum.

Langit terlihat mendung. Namun, belum tentu lagi titisan hujan bagai turun dengan pelbagai rentak. Pandangan semakin menumpu pada satu objek yang tidak bernyawa. Pada mulanya, hanya sebuah kereta yang terlihat di mata, akan tetapi, semakin lama pandangan terus menembus ke suatu alam yang lain. Khayalan terus menjadi satu titik fokus utama.
.
.
.
.
.

Tetiba terkenang pada satu perjalanan yang amat sulit tetapi Alhamdulillah, berjaya menjalaninya dengan lakaran pelangi. Perjalanan seorang hamba di muka bumi ini berbeda bagi setiap insan. Itu yang pasti! Terkadang, mereka diluar sana hanya berkata mengenai pelangi yang menjelma pada seseorang itu. Pernahkah mereka melihat betapa sukarnya untuk melakar pelangi seindah itu? Pernah?

Dengan pengalaman melakar itu, kita lebih menghargai diri kita dalam sukar mahupun senang. Kadangkala terasa ingin sekali memberhentikan putaran masa, dan kembali kepada masa terindah. Tapi itu hanya khayalan semata. Masa tidak dapat diundurkan. Sekarang mungkin kita tiada apa-apa, tapi kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memberi bahagia dan sinar dalam kehidupan kita. Itu mesti! 

Inilah jadinya bila jatuh terperuk. Sentiasa ingat akan PELANGI SAYA. Bangkit untuk melakarkannya.

LAKAR PELANGI

BYE bye muah muah... love is you.

Friday, March 20, 2015

BERHATI-HATI

Assalamualaikum...

Haa. ini entry yang ke-tiga untuk hari ini. Bukan main, lapang betul masa saya harini. #melaghanomborsatu. Apakah yang di maksudkan dengan hati hati? haa. Macam saya ini, saya memang suka berhati-hati tak kena tempat ini. Dengan sedara mara pun selalu letak satu dinding dinding yang membataskan perbuatan. Bukan nak tunjuk ARROGANT. Tetapi, nak pastikan supaya tidak selalu sakit hati merana makan hati. Hmmm. Banyak dah cerita pasal benda-benda ini. Itulah sebabnya. Contoh yang boleh mengundang tragedi dan jugal komedi. mihmih.

Pada suatu petang...

Saya duduk dalam rumah yang sangat indah dan cantik. Tetiba ada satu motor park depan pagar rumah. Macam biasa, saya bukan jenis yang nak terhegeh-hegeh tengok siapakah yang berada dihadapan pintu. Nampak tak kemalasannya itu. hikhik. Sifat itulah yang menunjukkan sikap berHATI-HATI saya. Haa, ayat cover. huhuhu. Agak lama motor itu park kat depan, dengan berpakaian seragam. Saya beranggapan penunggang motor itu ingin menjalankan tugasnya sesuai dengan uniformnya. 

Dalam hati: Dah kenapa lama sangat nak jalankan tugas anda. Susah sangat ke. Agak marah jugak lah kat situ. Nampak tak, saya jenis tak suka orang kacau privacy saya. #tegascantik

Lepas itu, beranikan diri keluar pergi tengok. Sekali, my Abah lah. hahaha. Taktahu pun abah naik motor pergi kerja. Malu sendiri sambil sengih sengih dengan mak. hahaha. Meh tengok bukti sikit meh.

google
Ni adalah luahan hati seorang kakak. Padahal nak perli adik dia yang tak peka alam sekeliling.hahahaha


Itu je cerita untuk masa sekarang. Sebab takut ter post lagi..mihmih..

bye bye muah muah..love you