Tuesday, November 3, 2015

Resepi Donut Tanpa Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom rajinkan diri masak-masak kat dapur yang hmm hmm, sendu tu. Hahaha. Kekadang terfikir jugak, cantiknyalah dapur di rumah ku ini. Tiada minyak-minyak yang melekat di dinding. Nak kata rajin mengemas tak jugak. Lepas direnungkan 18 hari, tetiba dapat jawapan. 

Ting!

Dah lama tak masak ghupenya. Tepuk dahi kejap. Cukup2 lah tepuk dahi tu, kang merah pulak. Mihmih


Lets start:


Bahan2nya;


-tepung gandum 3 senduk nasi tu ( dapat dalam 15 ketul donut)

-marjerin 1 sudu makan (tapi i yang jenis kampung girl nie guna planta je, jangan baca placenta sudah)

-gula halussss sikit je. ( bagi tepung tu maneh maneh sikit)

-telur 1 biji (pakai yang kuning).

-Mauripan (guna setengah paket)



Cara2nya:

1) Mauripan tadi dibancuh dengan sedikit air mineral. Jangan terlalu banyak air, dan jangan terlalu sedikit air. Just nice. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat sampai bergumpal. Pastikan, mauripan tadi menjadi larutan tau.

2) Masukkan semua bahan2 tadi termasuk larutan mauripan ke dalam mangkuk. Lepas tu uli2 tepung itu dengan menggunakan hujung2 jari tau. Uollss uli, sampai adunan tadi tak melekat kat jari jemari runcing uolss. Kalau rasa macam lembik sangat adunan, tambahkan tepung. Lagi lama uollss uli, lagi kembang adunan boleh pergi ( ni mak yang cakap, tak pasti betul ke tidak. Hikhik)

3) Bila adunan dah jadi cantik. Bahagikan adunan kepada bulat bulat kecil. Lalu, create satu lubang ditengah2 bulatan tadi. Biarkan dalam 5 minit.

4) Gorengkan bulatan kecil2 tadi. Dan siramkan donut tadi dengan gula halus.

Yummy yummy. 2 kali repeat tau buat donut nie. Memang gebu sahaja.

Selamat mencuba!

EKSIS...Semakin Hits Semakin Eksis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apakah itu eksis? Semua pasti tertanya-tanya. EKSIS merupakan satu program tv di Indonesia yang di host kan oleh Indra Herlambang. Kalau semua penasaran ingin tahu macam mana cerita program tv ini.

Meh saya ceritakan sikit. 

Indra akan pergi ke mana-mana rumah artis Indonesia yang lagi popular (Ivan Gunawan, Oki Sentiana Dewi, Ayushita dan yang lain). Setiap episod, satu rumah artis. Indra akan bertanyakan perihal artis ini daripada A sampai Z. Tujuannya, adalah untuk kasi info kepada peminat-peminat mengenai kehidupan artis tersebut. Bukan untuk pamer tau! Terkadang, artis tersebut akan diberikan tugas untuk memasak. Dan, saya pun tidak ketinggalan untuk menyalin resepi-resepi yang dimasak oleh artis tersebut. Ekekeke. #sambilmenyelamminumair

Sebelum kak Indra mengundurkan diri, mereka pasti tangkap gambar bareng-bareng. Hikhik. Lalu, di tampal di album EKSIS.

Siapakah Indra Herlambang?

Jeng jeng jeng

Kalau sudah ditakdirkan itu rezekinya, pasti akan termiliki juga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Esok hari yang hmm hmm. Nervous pun ada. 

Semoga semua pekerjaan yang dilakukan pada esok hari dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan diperolehi dengan sempurna. Amin. InsyaAllah. Mudah mudahan. Amin. Semoga semuanya memperolehi barakah. Amin.

Ya Allah, 

Jika rezeki masih dilangit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Amin. Amin. Amin

Monday, November 2, 2015

Pencuci Muka yang Alami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk adik2 cantik manis diluar sana, mesti awak rasa tak best bila jerawat memenuhi muka kan. Mengakulah dik. Akak pun pernah melalui keadaan persis seperti kamu suatu masa dulu zaman remaja akak. Sekarang pun muda lagi kot. Ekeke.

Sememangnya, akak daripada Form 1 dah pakai produk pencuci muka nie. Dedulu, abah yang belikan. Tak kisahlah jenama apa, apa yang abah beli, akak mesti pakai. Hihihi. Akak pakai pencuci muka ini pun bukan sebab nak nampak cantik macam Dato Siti Nurhaliza, mahupun Nora Danish. Sebab utama, untuk buang minyak yang melekat setelah seharian di sekolah. Itu je motifnya! No More!

Tambahan pula, Zaman akak dulu xde google ni, so, taktahu lah jenama skincare mana yang tengah hits. Pakai susu kambing je. Hahahha.


Tapi sekarang, rasa macam nak lebih alami gitu. Berikut merupakan bahan2 yang sering digunakan oleh akak untuk pembersih muka :

- basuh muka pakai serbuk kopi plus madu. Lepas sapu dekat muka dan biarkan dalam 3 minit macam tu, then bilas.

-kekadang try lemon dipotong nipis, then sapu kat muka. Pedih sikit, tapi dah lama-lama okay je. Bisa diatur. Hihi

- terkadang gemar jugak menjadikan putih telur as a mask. Muka jadi tegang je bila pakai putih telur nie. Dah pakai, tunggu kering, jangan lupa basuh tau. Jangan sesekali lupa!

-kalau nak scrub muka, pakai serbuk kopi dengan madu pun okay. Kalau nak yang lebih jitu lagi, gaul sebati gula pasir dengan madu. Yang ini, saya selalu guna. Best je. Tapi jangan lupa dibasuh. Nanti muka uolss merah-merah pulak digigit semut.

-kalau nak kurangkan kantung mata, uncang teh disejukkan semalaman di peti sejuk, lalu di letakkan di bahagian mata. Nyaman dan dingin gitu.

Rasanya itu sahaja yang pernah saya cuba dan amalkan sehingga sekarang. Kopi dengan madu tu feveret lah. Cubalah!

Menanti untuk sesuatu yang lebih baik, namun hampa ketika tiba saatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tajuk panjang mintak ampun. Kengkadangkan, teringin nak up new entry, tapi bila difikir balik, hmm hmm. 

Jangan salah faham tau terhadap tajuk yang diberikan. Maksudnya kat sini,,,

Di pagi yang hening, sedang jari jemari menari-nari di keyboard...

Kringgg kringg kringgg.
Phone berdering dengan rancaknya, 

N: hello, cari siapa ye?

S: hello, boleh bercakap dengan Miss N. Saya membuat panggilan daripada (company A). Miss ada apply untuk jawatan ******* di company ini kan? So, pihak kami ingin menawarkan position tersebut kepada Miss N. (Dah pegi temuduga pun bulan 2 haritu). Kami menawarkan RM**** kepada Miss N.

Setelah panjang lebar si S ini terangkan,,,

N: Kalau saya berminat, apakah tindakan lanjutan yang perlu saya lakukan. Ataupun, saya harus menunggu email/offer letter from your company?

S: Saya hanya menunggu jawapan Ya atau Tidak sahaja daripada Miss N. Selepas itu, email akan menyusul kemudian.

N: (gembira tapi macam pelik sebab ada offer yang jenis macam ini). Okaylah kalau macam tu. Saya akan tunggu email daripada pihak Encik.

Mengikut perjanjian, awal oktober akan dapatlah segala surat bagai. Tapi, senduuu. Saya buat panggilan susulan untuk bertanyakan status saya dan email seperti yang dijanjikan. Mereka jawab, akan susul kemudian. 

Tapi, lelama jadi tawar kot. No manis2 macam donut campak2 iolss. Mihmih

Lalu, saya biarkan sahaja position itu. Mungkin mereka sudah menjumpai seseorang yang lebih tepat untuk memegang position tersebut.

Malas dah nak buat follow up!!!

Sekian, tamat. Hahahha