Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dulu-dulu zaman belajar, haruslah makan di luar. Semua jenis kedai makan dah pernah makan. Ada yang makan ulang-ulang lagi sebab sedappppp sangat masakannya. Nak dijadikan cerita, selalu pegi makan reramai, tapi petang tu, pegi makan sensorang. Kawan takmo makan, sbb esok ada test. Okay lah kan. Sebab ada kenderaan, pergilah seorang diri ke kedai makan. Sendu tak. Hahhaha
Kalau pergi sengsorang ni, memang bungkus je. Malas nak menghadap jalan time makan sengsorang kat dalam kedai makan. Keluar kolej pkul 530 petang, sampai kedai makan 545. Order makanan. Dalam 645 baru siap. Lamakan!!
Hampir sejam menunggu sambil mainlah segala game dalam phone tu. Huh. Lepas bayar, nak balik kolej balik. Sampai kat pintu masuk universiti, pak guard tahan lah pulak. Rasanya, baru pkul 7, kenapa nak tahankan. Sedangkan sticker kereta semua ada. Kad pelajar tergantung depan aircond tu hah.
Pak guard tu duk lah suluh-suluh kat tempat co-pilot. Kat situ ada makanan yang dibeli je kot. Mana ada orang. TAKDA! Dah nak turunkan tingkap sisi kereta dah time tu, nak tanya " Pakcik suluh apa". Belum sempat bertindak, pak guard dah suruh jalan. Okaylah kan, dia tak saman. Hikhik.
Sampai kolej, terus bukak makanan. Prepare masukkan sup dalam mangkuk, air dalam cawan, dan nasi dalam polistren yang sama. Hahaha. MULA!
Baca doa makan. Minum air seteguk. Start nak rasa nasi yang dibeli. Suapan pertama, Alhamdulillah sesuatu. Sedapnya nasiiii. Mihmih. Padahal laparrrr. Suapan yang kedua, terjumpa sebutir kaca didalam nasi yang sepatutnya akan dimasukkan di dalam mulut. Huwaaa. Rasa nak nangis pun ada. Dah lah lapar, boleh pula jumpa kaca dalam makanan. Saya pun apa lagi, buang nasi suapan kedua, dan baca ayat kursi dan doa makan, seterusnya makan dengan suapan yang seterusnyaa sampai habis. No bazir2. Lepas makan, solat maghrib. Selesai.
Dah nak tido, call lah mak. Cerita lah pasal tadi.
Jeng jeng jeng
Mak tanya kenapa sambung makan..sambungan di next entry...(lagu seram)
No comments:
Post a Comment