Monday, March 30, 2015

PERMATA BATIK MELIMIUN

ASSALAMUALAIKUM...

Puasa bakal menjelma. Maknanya, Raya pun bakal menjelmakan diri. Betulkan? Siapa antara anda yang sudah mula scrolling IG untuk cari busana raya yang lagi trending? Saya! Saya! Tidak kiralah, sama ada baju ready mate atau kain pasang. Mesti ramai yang dah sibuk-sibuk tengok kain mana yang cantik, up to date, dan dapat digayakan ketika berhari rayakan. Tapi tapi tapi. Baju atau kain pasang ini bukan sahaja dipakai ketika hari raya, bahkan hari hari pun boleh pakai. hehehe. Baju kurung adalah baju kebangsaan yang tidak lapuk ditelan zaman. 

Makanya, saya pun terpanggil untuk mempromosikan satu jenis kain yang mempunyai pelbagai jenis corak yang sangat CANTIK. Nampak tidak word CANTIK tadi, besar dan gah untuk menunjukkan betapa cantiknya kain PERMATA BATIK MELINIUM ini. Saya tak tipu mengenai kecantikkan kain tersebut. Seriously! Cantik!

Disini, saya sertakan sekali description kain pasang PERMATA BATIK MELINIUM:
  1. Bidang kain 45, dan akan diberi 4 meter (standard meter untuk buat pelbagai jenis baju antaranya baju kurung, kurung modern, dll)
  2.   Kualiti kain sangat cantik dan berat (maksud dekat sini, kain jatuh dan tidak terlalu kejung. Pendek kata, memang cantik dan  terletak di atas badan si pemakai).
  3. Kain ini juga TIDAK NIPIS dan TIDAK PANAS
  4. HARGA SETIAP SEPASANG KAIN INI ADALAH RM70.00

Sekiranya anda berminat untuk memperolehi kain pasang PERMATA BATIK MELINIUM yang cantik menarik ini, boleh hubungi:


Miss N



Email: lembutsimerahjambu@gmail.com 


Message/ Whatsapp: 01121313841
Selamat menjamu mata =)
  
PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 1

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN2
PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 3

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 4

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 5

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 6

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 7

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 8

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 9

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 10

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 11




PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 12

PERMATA BATIK MELIMIUN
PERMATA BATIK MELIMIUN 13


Friday, March 27, 2015

PUTIH GEBU

ASSALAMUALAIKUM...

Hai kengkawan,

Bukan mudah untuk senang dan bukan susah untuk susah! Ayat sepanjang-panjang inilah yang selalu saya ingat bila jatuh merundum tertunduk. Bila dah jatuh sekali, nak bangkit punyalah payah. Berbaldi-baldi air mata pun jatuh. Nak berjalan? Lagi susah. Akan tetapi, semua itu adalah ujian dari Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya. Terima dengan hati yang terbuka dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan. 

Samalah juga dengan soalan, macam mana nak jadi putih gebu macam Fazura? Perlukan sedikit usaha, tindakan dan tawakal. Lupa pula, faktor kewangan pun mempengaruhi juga. hikhik.  Sebenarnya,, bukanlah hendak putih seputih-putihnya. Cukuplah sekadar jemur tengah panas, pipi nampak pinky pinky sikit. Cukuplahhhh. Itu je hasrat si pengemis untuk mempunyai muka putih gebu. mihmih

Kejadian semalam, ketika di Mall. Mall katanya, padahal kedai yang besar sikit dari kedai runcit. haha. Sedang sibuk mencari-cari barang, sekali mak menegur budak kecil dalam stroller. Maka bermulalah conversation ringkas;

Mak: Comelnya you. (lepas dah tegur pandang saya)
 you itu refers kat budak kecil tadi.

Saya: (nak response ke taknak nie. hahaha. Boleh pulak nak fikir-fikir, takpelah) Haah, comel dan putih lagi. Dahlah gebu. Awak sangat comel lah. Putih sangat-sangat. 

( Word putih tu 18 kali ulang kot. Nampak tak, saya jenis yang pantang tengok orang yang putih putih melati ini. Memang mereka makan pujian je lah dari iolss..hikhik).

tiktoktiktok. 

Tetiba bapa budak pula tegur. Dah sebakul saya duduk memuji budak itu baru perasan bapa dia ada kat sebelah (malu terus).

Bapa budak : Awak pun putih juga. Lagi putih. (senyum)

Saya: hehehehehe. Bye bye

Budak kecil: (senyum senyum intai intai saya)

Pengajaran yang diperolehi daripada situasi tersebut, kalau rasa sesuatu benda itu sangat memberi impak kepada diri anda, tidak salah sekiranya kita memberi seberapa banyak mungkin pujian kepada sesuatu tersebut. Malu sikit itu biasalah, dah puji baru nak tengok kiri kanan. Itulah jadinya. ekekeke. Yang penting saya dah melepaskan apa yang terbuku di dalam hati ketika melihat budak itu. AWAK SANGAT PUTIH DAN GEBU.

p/s: Dengar kata kalau nak kulit putih gebu cantik ini, kena makan vitamin C. Marilah pakat-pakat cari vitamin C kat kedai-kedai yang berdekatan. Kalau nak makan Vitamin C APPETON pun boleh. hikhik

http://76.my/Malaysia/appeton-z-kid-s-vitamin-c-100-tablets-orange-gpharmacy-1307-03-Gpharmacy@3.jpg 
Bye bye muah muah...love is you
 

Wednesday, March 25, 2015

SIFAT MELALUI PANDANGAN

Assalamualaikum..

Eh eh eh. Seronok rupanya mengarang ini. Akan tetapi, ia akan terhenti ketika idea mati. Betulkan? Bukan mudah untuk menulis. Menulis memerlukan bakat. Bakat diasah menjadi berkat, bahkan boleh menjadi sumber rezeki lagi. Hehe

mmmmm. Mulanya macam ini. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melihat sesuatu. Sama ada yang baik atau sebaliknya. Sebagai contoh, peminat kucing tegar akan mengatakan kucing itu comel sambil mengusap2 bulu kucing tersebut. Menurut pandangan saya, orang yang berani dengan kucing itu mempunyai kasih sayang dalam dirinya. Akan tetapi, kita tidak boleh mendakwa mereka yang takut kucing itu seorang yang kejam. No no no. Tidak boleh begitu! 

Lalu, terlihat pula wanita lembut penuh kesopanan cantik ayu malu tunduk sipu. Di kategorikan sebagai seorang yang punya sifat keibuan. Habis yang garang macam rimau ni takda sifat keibuan ke? Dah gaduh, seminggu tidak bersapa. Ish ish.

google


Itu namanya, mereka mengkategorikan kita berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka hanya melihat luaran kita. Sebaliknya, kitalah yang tahu persis diri kita sendiri. Mungkin ada benarnya kata kata mereka, kita harus bersikap menerima apa yang orang cakap. Lepas tu digest setiap ayat mereka. Lalu, baru buat kesimpulan. Janganlah suka melompat ke conclusion. Tahulah anda semua suka melompat lompatkan. hehe. Gurau saja, jangan marah ye.

sekadar berkongsi. Bukan pengalaman sendiri. Berdasarkan pemerhatian juga ni.hehe

Bye bye muah muah...love is you.

KATA BERBALIK KATA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Semoga sentiasa bahagia disamping keluarga yang tersayang muah muah lah macam itu. Macam mana dengan rayuan gombal daripada previous entry. Hahaha. Dah dah, jom lupakan segalanya.


  • Tatkala mulut terkunci, kata kata meluncurkan maksud:

Terkadang hati meronta pada pelangi
Namun, terdapat terik mentari
Sekali lagi diuji hujan jatuh melemaskan hati
Sampai bila harus begini
Berjalan di atas tajamnya duri
Teringin sekali untuk menari
Mampukah melukai diri sendiri
Kini bangkit berdiri
Lalu berlari
Tanpa menoleh lagi
Mendapatkan pelangi
Didepan menanti
Itu yang pasti!

-perjalananduri-

Bye bye muah muah...love is you.

Tuesday, March 24, 2015

BENCI BILANG CINTA

Assalamualaikum...

Benci satu perkataan yang sangat menarik. Tetapi, seberapa ramai manusia di luar sana yang berminat dengan perkataan itu. Saya amat yakin, pasti TIDAK ramai. Betulkan?.

Haa, macam mana pula dengan CINTA. Ramai yang sudah berbunga-bunga apabila terdengar perkataan cinta ini. CINTA ADALAH SATU PERASAAN YANG MERUPAKAN ANUGERAH TERINDAH KEPADA MANUSIA. Kenapa saya cakap macam itu?. Sebab cinta itu sendiri luas. Luas habaq hang. mihmih.

Benci dan cinta perlukan berpasangan atau sekadar dipinggiran. Haa? Jawablah.

Menurut pandanga saya, ia saling memerlukan. Benci jangan sampai mencintai atau sebaliknya. Perkara dasarnya, jangan terlalu membenci seseorang, kerana kita tidak tahu mungkinkah suatu hari yang cerah kita bakal mencintainya. Wahhhhh, bukan main berhelah madah yer. ekekeke.

Alang-alang masih dalam mod bencinta ini, tidak salah sekiranya saya berkongsi satu dua pickup line ataupun rayuan gombal. Hikhik. Lepas itu semua sayang-sayang saya pada bingung, saya ini asli MALAYSIA atau INDONESIA. Sejujurnya, ku tak bisa~~~ Hahaha. Saya asli MALAYSIA. 
Tidak salah bukan sekiranya kita saling mendukung satu sama lain. Hehe

google
sesungguhnya tiada kaitan langsung dengan gambar. Tapi, kena berwaspada dengan serangga ini!!


Contoh rayuan gombal versi saya:

No.1

cewek: mak awak jualan piala ya?
Cowok: iya, kenapa??
Cewek: soalnya kamu juara bangat dihati aku. Hahaha

No.2

Cowok: kamu tahu ngak, apa fungsi cable letrik ini?
Cewek: apaan fungsinyq cuba. Aku kagak ngerti nie.
cowok: buat penghubung cinta di hati kita. Hikhik

No.3

Cowok: kamu tahu kagak maksud sepatu?
Cewek: apaan tu? Masa sepatu juga punya maksud?
Cowok: sepatu stands for sepasang biar nyatu. Kayak kamu ama aku. Mihmih. Lucu kagak?

No.4

cowok: Kalau aku diberi pilihan, aku mahu bangat menjadi wifi?
Cewek: Loe dah kenapa? Bosan jadi manusia gitu?
Cowok: Bukan. Masa aku bosan jadi manusia. Aku mahu jadi wifi agar sentiasa dapat mengakses cinta di dalam hati kita. Hoho

Kalau sayang sayang semua rasa nak muntah, silakan. Jangan tahan tahan. Hahaha

Okaylah ye. Cukup sampai sini dulu.

Bye bye muah muah...love is you.