Tuesday, April 28, 2015

Pengalaman mengajar erti kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai hello apa khabar? Lama tidak mencoretkan kata-kata ikhlas daripada hati yang tulus ikhlas ingin mencintai bercerita mengenai diri. Ekeke.

Lately ( tetiba bahasa orang putih, hikhik), diri ini agak sibuk. Bukan busy body okay! No no no. 18 tahun lepas duk sibuk mencari ilmu sampai terlupa mengenai kisah semasa. Dalam erti kata lain, katak bawah tempurung. Hmmm. Tapi tapi tapi, sekarang tidak lagi. Saya tahu pasal GST, saya tahu pasal pointer 3.85, saya tahu kisah anak kecil dirotan, saya tahu kisah pengeboman, saya tahu kisah saya. Mihmih. Nampak tak, berapa banyak pengulang "TAHU" itu. Dulu, semua tak tahu. Sekarang, Alhamdulillah tahu. Walaupun , tidak se expert mereka diluar sana. Sekurang-kurangnya, saya tidak melopong bila mereka berbual mengenai sesuatu perkara.

Selalunya, segala info dan Ilmu itu saya perolehi daripada pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan ofis. Haa, bila cakap kawan ofis maknanya saya sudah mula bekerja. Tapi bukanlah permanent, hanyalah part time. Tetapi, ilmu dan pengalaman yang diperolehi adalah segala galanya bagi saya. Banyak tak 'tapi'. Haha. Patutlah tak dapat cikgu BM. Okay masuk landasan balik. Saya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Tetapi, minat saya lebih menjurus kepada pendidikan. Hal ini disebabkan oleh, saya suka memberi dan berkongsi ilmu dengan ramai orang. Saya suka tengok muka pelajar2 yang faham apa yang saya ajarkan. 

Kefahaman mereka adalah kepuasan saya!

Dapat tak kat situ. Bila dah bekerja dari 7 pagi sampai 3 petang. Dapat ber online hanya pada waktu petang dan malam. itu pun berdasarkan kepada bila adanya masa lapang. 

Kepada yang datang melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih. Jangan rasa bosan tau. Sila tinggalkan kata2 azimat anda di dalam cbox saya. Saya akan cuba berkunjung ke blog anda pula. Sebab saya jenis suka membaca apa saja jenis bacaan fiction ke non fiction ke coretan hati ke petua ke resepi ke. Semua boleh. Hehe

Salam sayang,
Natra

SEGMEN REVIEW BLOG BY LON@

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Best juga segmen blogview by My name is Lon@.

Disamping dapat mengeratkan silaturrahim, blog kita juga akan di review dan ditepekkan pada sidebar owner selama seminggu. Menarik bukan!

Cara penyertaan semudah mencalit lipstik di bibir, dengan hanya klik banner dibawah. Mudah bukan!

Setiap yang berjalan pasti terdapat kebuntuan. Maka, tarikh buntu  tamat bagi segmen ini adalah 8 mei 2015.




Monday, April 27, 2015

Segmen: saya sayang blog saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penatnya hari ini. No No No. Jangan mengeluh. Nanti rezeki menjauh macam mana. Sabar wahai sang hati, pasti senang menjelma kembali. Sikit je lagi. Hihihi

Harini takmo bebel pepanjang. Kita terus je ke segmen yang kak ayu buat. Nak sertai pun senang lagi memudahkan. Yang pasti saya lah paling gembira. Hehe

klik klik klik banner di atas

Jangan segan segan ayam tau nak join. Hehe

Friday, April 24, 2015

Segmen Bloglist willYOU readTHIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom reramai join segmen ini. Seronok tau!
Dapat ramai kenalan yang paling seronok. Tidak susah pun nak join.

Semudah lagu knock knock..hikhik
klik je gambar comel kat bawah nie.



Gembira dan bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau diukur kegembiraan, boleh ke pakai pembaris? Mestilah tidak! Kalau diukur kebahagiaan, bolehkah diukur dengan penunu bunsen? Confirm terbakar!

Nampak tidak, kebahagian dan kegembiraan tidak dapat diikur dengan sebarang skala. Malah, ianya infinity! Infinity! Sesungguhnya, kegembiraan dapat melupakan perkara sendu dalam kehidupan. Mihmih.

Kadangkala ada yang gembira walaupun hanya mendapat gula-gula daripada kawan-kawan. Tahu tak, sebenarnya kawan tu bukan gembira sebab dapat hadiah, tapi, gembira sebab kawannya masih ingat kat dia walaupun terpisah jarak. Motifnya, walaupun sebesar zarah pemberian kita kepada seseorang pasti ia dapat menghadirkan kegembiraan dan kebahagian kepada mereka. Mereka sangat menghargai!

Terkadang ucapan terima kasih pun boleh mendatangkan kegembiraan kepada seseorang. Contohnya, makcik dewan makan kat asrama. Lepas beratur, ucapkan terima kasih. Esok, confirm dapat makanan yang lebih sedap. Silap-silap boleh dapat KFC. Haa, seronokkan!

Marilah gembirakan mereka disekeliling kita dan yang terpenting diri kita. =)