Wednesday, June 17, 2015

Matahari Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tajuk en3 macam puisi cinta indah. Padahal sendu je kot.hikhik. Tapi tapi tapi, harini Nat sangat bersenang hati. Buat kali pertama balik rumah tak sesat. Hahaha. Kesat peluh. Tiga hari kat bandar key el, dua hari dah sesat. Sedihkan. Nat nangis kot dalam kereta. Dah lah first time kat Key El. Lepas tu sesat pulak tu. Macam mana lah tak nangis. Tsk tsk

Semalam punya sesat, lagi lah teruk, sampai masuk pusat bandar. Dah lah jammed. Tepuk dahi kottt. 

Tapi, kini tidak lagi. Sejak saya menggunakan google map, saya semakin pandai berjalan di Key El. Ekekek. Itu menipu. Sampai sekrang, kedai kat mana pun taktahu. Sendunya lah duduk kat tempat orang. Dahlah taktahu kedai, balik dah malam. Kesudahannya, memang Nat ni keluar pegi dan balik keroje je gamaknya.

Yang penting cari rezeki. Dan harini merupakan hari saya nampak matahari petang.hehehe

Alhamdulillah. Perancangan Allah S.W.T itu hebat.

Saturday, June 13, 2015

1st Giveaway by Farah 'Adila

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Macam dengan awak awak semua harini? Sihat ke tidak? Apaaa,,sihat. Alhamdulillah. Hehe. Ada yang rindu ke. Mihmih

Harini nak join GA by Farah 'Adila. Hehe. Jom le kita join GA adik nie. Ramai pemenang yang dicari. Mudah-mudahan Nat salah satu daripadanya. Hehe. Boleh kan dik? 

Nak join? Nak tahu syarat2 penyertaan? Nak tahu hadiah?

Klik klik klik je banner kat bawah. Terjawab semua pertanyaan. No worries okay. ^^


Tamat bila cukup 100 orang. Jom!

Thursday, June 11, 2015

Bukan Tenaga Pegajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum dapat kerja yang tetap, Alhamdulillah saya diberi rezeki dalam bidang pendidikan. Walaupun, sekejap tetap bermakna. Sesiapa yang memang memahami hati seorang tenaga pengajar pasti anda faham perasaan saya. #sekaairmata

Nat memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen selepas tamat pengajian. Bukan senang untuk Nat mendapatkan kerjaya itu. Saya pergi setiap Pusat Tuisyen yang ada di kawasan perumahan Nat. 

Nat bukan menonong pegi pusat tuisyen itu pakai T-shirt dan jeans je tau. No no no. Nat pakai baju kurung, tudung bawal dipakai rapi dan kasut tutup okay. Dah macam perempuan melayu terakhir tau. Hikhik. 

Nat mohon jawatan itu. Bukan setakat pakai mulut je tau. Hantar resume tau.hehe. Lepas itu, dipanggil untuk temuduga. Ada yang terima dan ada yang mencari seorang guru yang berkualiti dan semestinya guru itu berlatarkan pendidikan. Haa, maksudnya yang pernah mengajar walaupun GURU GANTI. Saya yang super sendu ni terus senyap..hmmm

Suatu hari, ketika makan cekodok di pagi hari, Tetiba dapat panggilan dari sebuah pusat tuisyen, dan pengetua tu kata dia terima saya bekerja. Tapi, tak lama pun. Sebulan jer. Sebab ganti cikgu yang tiada. Saya tak peduli pun. Sebulan pun sebulan lah, atleast saya tak duduk rumah bersahaja okay! 

Sebulan kerja maksudnya 10jam bekerja dan Nat berjaya meraih Rm200. Itu adalah gaji pertama daripada kegigihan dan kesungguhan Nat. Hikhik. Gembiranyaaa hanya tuhan je yang tahu. RM200 kalau tak berusaha, tak dapatkan. Alhamdulillah.

Di Pusat Tuisyen tersebut, Nat belajar macam macam tau. Antaranya, cara bercakap dengan orang. Komunikasi 2 hala.  hahaha. Sendu tak? Lagi-lagi dengan budak2 memang mereput Nat melayan mereka ini. Tapi, serius seronok. Kalau dulu, Nat mungkin jenis yang okay je dengan pendapat orang lain, dan takut untuk menyuarakan pendapat sendiri. Terukkan. Ish ish. OPPSS, sekarang tidak lagi. If Nat tak puas hati, Nat direct je bagitahu. No more pendam simpan terendam. Hahaha

Selepas daripada menyandang gelaran guru tuisyen, tiada lagi panggilan untuk berkerja. Duduk lah terperap dalam rumah sambil tangan aktif menghantar resume ke pelbagai syarikat. Hehe.. Rezeki Allah S.W.T itu luas. Tapi kita kena berusaha untuk mendapatkannya. 

Bersambung..nantikan next ceghita pulak. Hikhik. Macam ada yang nak baca je. Mihmih

Wednesday, June 10, 2015

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Yeay yeay Nak tilam! Yeay yeay nak tilam! Nak tilam eh, jangan silap baca! Nanti jadi yeay yeay nak tikam! Bukan TAU!

Lepas tu, dah kenapa nak tilam. Hihihi. Sebab saya ada terbaca siapa yang menjadi juara bagi GA ni dapat hadiah tilam fibre lab. Seronoknyaaaaaa. Boleh bebaring sambil nonton tb. Hikhik

Haa, yang sedang baca pasti jeless. Lepas tu duk tanya, Nat ni tak reti-reti nak bubuh link ke? Kan. Kan. Kan.

Nat tak kedekut okay. Dah jom klik lelajuuu kat banner bawah ini.


Sebelum itu, nak tag siapa eh. Kita tag 
Jaja 

Giveaway ini akan TAMAT pada jam 8.00 malam 25 June 2015

Tuesday, June 9, 2015

Kayu Berani Mati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom layan puisi je lah eh. Hikhik. Walaupun puisi pun sendu je. Atleast cuba untuk bermadah tapi sentiasa berhelah. Hahah

Carismerahloveisyou.blogspot.com, lembutsimerahjambu, kayu berani mati, natra ismail, utmkl