Lama rasanya tak mengupdate blog nie. Hampir seminggu lamanya. Bukan sengaja tidak mahu meng update, akan tetapi kekangan masa yang menjadi isu penting. Almaklumlah, cuti sekolah. Apa kena mengena? Bukan mak mak orang pun. Tidak mengapalah, asalkan saya happy. Muahhh.
Entry kali ini, saya ingin sekali berkongsi mengenai senggugut. Dah kenapa dengan senggugut? Seperti biasa lah kan. Every month tu wajib sekali kan. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dengan sakit perut, dengan rasa nak muntah, dengan rasa pitam..macam macam rasa ada. Memang sehari itu duk melepek kat bilik. Nak jumpa orang pun malas, takut berubah jadi HULK pulak. mihmih.
Makanya, cara bagaimanakah nak mengatasinya? Ini ikut cara saya lah ye, kalau nak ikut silakan. Kalau rasa eh eh macam something wrong somewhere je, silalah betulkan kembali. Supaya kita sama sama dapat share info info yang berguna. Hehehe
Cara cara mengatasi senggugut:
- Benda yang pertama sekali saya ambil adalah OSTEMATRIX SHAKLEE. Hal ini disebabkan, kalsium diperlukan untuk menggantikan kalsium yang hilang ketika period time. Tips ini sangat berkesan kepada saya. Suka sangat. Yeayyy.
- Mula membuat senaman ringan ringan melayang. Basically, saya buat senaman kaki. Pusing bilik sampai mengantuk. Haa, yang ni pun bercinta nak buat.
- Minum teh or kopi sangat sangat di JAUH kan. Ingat, kurang kan minum minuman yang bercafein untuk mengelakkan senggugut itu menjadi semakin WOWW. Haa, dpt kan.
- Duduk dalam bilik air lelama. Dah kenapa nak duduk dalam bilik air lelama kan. Tapi, itu lah salah satu terapi saya. Bila berada di tempat yang lembap, tahap kesakitan berkurang. Tak tahulah, itu hanya mind set saya. Tapi, tak elok duduk dalam bilik ayaq lelama nie. Macam takda tempat yang elok lagi. mihmih.
- Lastly, tidur is the best therapy. Tapi nak tunggu mata mengantuk sambil menahan sakit sungguh menyayat hati kot. Huhuhu. Bukan calang calang orang dapat buat macam tu. hahaha.mengada sungguh.
Itu sahaja cerita saya. Seronoknyeee. Padahal sendu je..hahaha. Asalkan dapat berkongsi itu dah mencukupi bagi seorang yang sentiasa sendu dalam menangani senggugut..adoii.
Bye bye muah muah.. love you.
No comments:
Post a Comment