Saturday, March 21, 2015

MARAH PADA NYAMUK

Assalamualaikum...

Senyum sikit. 80 kali berjumpa pada selang berapa jam. Mihmih. Bukan senang untuk membiarkan jari jemari menari di atas papan kekunci yang selalu terkunci. Tajuk entry kali ini memang sah sah hendak mengupas perihal marah.

Marah ada macam macam jenis. Tapi, sebelum tulisan meluncur laju, penulisan ini hanyalah berdasarkan pengalaman yang masih kurang garam. HANYALAH PENGALAMAN. NO MORE RESEARCH WAS CONDUCTED BY ME REGARDING TO THIS TITLE AT THIS MOMENT. Mohon pengertiannya. Tetiba English lintang pukang. #malutunduksipu.

Saya adalah seorang yang sukar untuk marah. Sesungguhnya penyataan tersebut adalah TIPU. Hahaha. Marah ada disebabkan oleh sayang dan ada juga marah yang mahu di ajak berantam/berkelahi. Marah sayang sangat digalakkan. Sambil angkat bina lagi "MARAH TANDA SAYANG". Itu saya suka. Sebab dia marah, dia jadi reminder kita untuk dont do that or do that. Hasilnya, sudah tentu yang bahagia dunia akhirat yang diperolehi.

Yang menjadi permasalahannya, bab MARAH AJAK BERKELAHI. Dah kenapa hendak ajak orang bergaduh? Dah kekurang kerja ke? Takda kerja yang best lagi ke? Ke memang kaki gaduh? Saya memang tak minat sangat dengan orang yang bila bergaduh sebut words yang bukan bukan. Tu tandanya, akal dan mulut serta hati dah tidak parallel. Kalau bagi LED kat anggota korang tadi, tak tahu lah yang mana menyala dengan terang dan dim. Tak baik tau. Lagi lagi part gaduh dengan orang tua. Ish ish                                                 
# tepuktepukdahitengokyangmudani.

Meh sini, saya kongsi sikit cara menahan amarah yang membuak2 terutama golongan muda ini ( tak semua):

  1. Ubah kedudukan. Kalau marah dalam keadaan berdiri, cuba duduk. Kalau tengah duduk, cuba telentang. Kalau tengah telentang, cuba telangkup. Buat je yang mana mana  ikut kesesuaian diri memasing ye. Bila kita ubah kedudukan badan, aura amarah tadi hilang arah tujuan. Elok tengah berdiri tetiba duduk, kan boleh buat aura tu sesat kot.hehe
  2. Istighfar banyak banyak kali. Bagi hati tenang setenang air di laut. Ingat banyak banyak kali.
  3. Baca Ayat Kursi. Jangan lupa. Banyak banyak banyak kali. Mohon pertunjuk dari Allah S.W.T.
  4. Pergi minum air suam Untuk reda kan amarah tadi.
  5. Ni berdasarkan diri: Ubah setiap kata kata amarah kepada kata kata motivasi. Dalam erti kata lain refleksi diri. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Marah boleh membinasakan emosi badan dan fikiran. Segala yang tertulis juga menjadi reminder kepada diri saya sendiri. InsyaAllah. Amin

Udah dulu ya.

Bye bye muah muah...love is you.

No comments: