Monday, September 26, 2016

Rasa Hati (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alkisah...

Sebelum mendapat rezeki dalam bentuk kerja yang tetap lagi comel, selalu juga i meng update blog nie. Tapi, sayang...hahaha. Hanya separuh jalan. Apakah itu salah saya. Atau kekangan masa atau pemalas sebenarnya. Bila difikir-fikir kembali confirm saya yang malas. Hmm hmm. Nak buat macam mana, terkadang memalam pun still buat kerja office, tak pernah lekang..tido pukul 12 mlm pun after semua kerja office beres. Akan tetapi??? Pernah ke kerja2 ini habis??? Pertanyaan yang paling sulit untuk dijawab.hikhik

Saya ini bekerja takdelah hebat sangat. Setakat Design Engineer je. Tapi, Alhamdulillah rezeki untuk bekerjaya ada. Amin. Hehe...kerja yang paling lama saya bertahan, even banyak liku2 kehidupan yang pahit terpaksa ditelan. Hahaha. Gaya cerita macam susah bebenar je kerjanya. Takde eh TAKDE. Kerja paling sempoi, bos pun baik. Apa lagi nak? Bersyukur je ke hadrat Illahi. Sebabnya, saya memang jenis yang sensitif, tak boleh orang kuat suara sikit bila bercakap. Terus rasa orang tu marah kita. Hahaha. So, dapat bos jenis soft spoken, kira credit lah untuk saya yang sendu nie. Abah pun kalau nak marah saya, kena ckp senada je. Hihihi. Mengada je pe'el saya nie. Hahaha. Agak agak siapa boleh tahan. Hukhuk.

Dedulu, sampai satu tahap tak tahan, pernah tanya ke kawan kerja(lelaki lah tapi),

 "saya nie sensitif sangat ke?"

Sampai macam tu kot i tanya kat dia. Hahaha. Dan jawapan dia sangat membina.

" eh takdalah. Awak okay."

Jawapan selamatkan. Hahaha. Tapi, if kita ada keresahan, dan dilemparkan ke orang yang jenis berfikiran positif je, confirm kita pun jadi positif. Kalau kita lemparkan persoalan tu dekat orang yang negatif, mahu menangis i balik dari office.. sobsob. Awak kena faham hati saya, walaupun susah untuk dimengertikan. Haa.. ayat pun semakin pelik.. Kalau dulu2 selalu buat karangan "Aku sebatang pen" , sekarang dah boleh buat essay "Aku adalah aku". Confirm!! Semakin jauh penulisan, semakin complicated, semakin susah terurai, semakin banyak rahsia tersimpan rapi dan masih menjadi rahsia walaupun, sudah sampai ke last paragraph. Itu adalah saya.

Biar action yang berbicara.

Saya jenis yang macam nie. Cakap banyak banyak sampai berbuih ( pepatah mak mak) pun tak guna, kalau bercakap dengan seseorang yang mahu menang sendiri. Ambil lah langkah untuk mematikan setiap perkataan sekalipun ayat. Hahahaha Terlihat kejam di situ, tapi nak buat macam mana? Dah jenis tak minat nak ulang point yang sama sampai 88 kali. Kalian semua tidak faham melalui perkataan, biarlah action yang memberi pengertian. Nie kalau orang baca, mesti pening. Dari bab kerja, ke luahan hati dan perasaan. Hihihi...pandai pandai lah switch mode okay!

Kepada si pembaca,

i love u so much
I love you.
I love you too
Hihihi