Monday, March 9, 2020

Resepi Sambal Belacan Ashiaappp

Assalamualaikum.

Setelah dikaji selidik, dunia penulisan sudah tidak lagi BOOM jika dibandingkan dengan nge Youtube. Bosan deh!!! Tak kisahlah as long as kita boleh berkongsi info, pakai media apa pun boleh. Okay, untuk kali ini, I nak hajar uolss resepi Sambal Belacan Ala Ala lahhh.

 Bahan2:
  1. Bawang merah (1biji)
  2. Bawang putih (2 ulas)
  3. Cili besar merah (10 tangkai)
  4. Cili api (depends nak pedas tahap berapa. Kalau i letak 10 tangkai. Pedas-pedas terangkat baru best...☺️)
  5. Tomato (sibiji)
  6. Belacan(yg telah dibakar)
  7. Gula merah (bagi ada rasa memanis lebaran sikit)
  8. Garam
  9. Serbuk penyedap rasa (baca ajinamotor je..haha



Cara-caranya:

  • Bahan 1, 2, 3, 4, dan 5  dimasak di atas kuali dengan menggunakan minyak  sehingga 5 bahan itu sedikit layu, lembik.
  • Kemudian, kisarkan bahan-bahan yang sudah lembik, layu beserta belacan di dalam blender. Ni uolss blend agak2. Kalau rasa takut biji2 cili tu, blend sampai jadi juice. Boleh juga kalau nak blend manjah-manjah gittew. Terpulang kepada selera masing-masing.
  • Selepas itu, masakkan balik hasil blenderan tadi ke dalam kuali sehingga benar2 masak. Masa nilah uolss semua bertukar profesi kepada bomoh. Hikhik. Bubuh gula merah, garam dan dan se penyedap rasa mengikut selera anda. Kalau rasa nak manis, lebihkan senyuman 😂. Maaf, salahhhh. Lebihkan gula maksudnya. Adjust ikut tekak kay.
  • Lepas dah settle rasa, angkat dan hidangkan. Nak lagi sedap makan dengan kicap pekat manis ABC. Serius tak tipu!!! Sedap dia bikin nagih gittew. Ashiapp.

Trylah uolss. Makan dengan ayam drummet goreng pun boleh. Makan dengan ulaman pun boleh. Semua boleh.

Maybe next time, i buat video pulak. Kekadang dengan membaca org kurang faham, kena tgk movement. I understand. Dulu i GSTT, so faham juga sifat bebudak nie.

Selamat mencuba. 😁