Tuesday, September 29, 2015

Penyelesaian Senggugut Tergolek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai

 Ada tak yang jenis suka baca panjang-panjang?
 Atau jenis suka point point je?

Disebabkan masa zaman dulu-dulu saya gemar tulis panjang-panjang kalau boleh tanpa noktah. Biar kalian semput membaca. Mihmih.

Kisah tragis setiap bulan. Setiap bulan okay!!!
Naik segan muka nie setiap bulan MC pasal Senggugut je kot. Tak kira lagi cuti sebab demam lah itu lah inilah dan lah lah yang lain. Rasa macam nak sorok je muka bila kerja the next day. Huhuhu. Sendukan.

Kisah tragis:
-senggugut yang sangat woww..rasa perut jadi washing machine kot.
-bila try urut, kepala pulak sakit berdenyut.
-rasa nak termuntah pun ada.
-tak boleh gerak, jdnya memang kurang makan. Minum ayer sahaja time tu. Sedih

Tragiskan!

Penyelesaiannya:
1) cari ubat tahan sakit. Tapi ubat tahan sakit akan ada kesannya di hari muka. Ini pun berdasarkan kepada pembacaan saya dan pertanyaan saya kepada budak medic.

2) Tidur. Kalau awak boleh tidur ketika sakit tengah memuncak. Awak seorang yang hebat. Saya tidak boleh tidur time itu. Kecuali setelah berpenat lelah menahan sakit, then tertidur.

3) saya minum susu. Haha. Memang mencarilah susu time sakit2 tu. Orang kata kalsium elok untuk melegakan senggugut. Saya cuba, Alhamdulillah hasilnya berkurang lah sikit rasa sakit itu. Bagi yang boleh telan susu okay je. Kalau yang jenis tak minum susu, ganti dengan Oste Shaklee. Uolss telan je 4 biji oste pun berkesan. Nak kata hilang segala kesakitan tu takdalah, tapi masih boleh kontrol kira okay lah kan daripada tergolek2 atas katil.

4) saya makan banana. Pisang pun salah satu cara untuk meredakan senggugut. Ini pun saya cuba dan amalkan. Hihi. Alhamdulillah berhasil kurangkan sakit senggugut itu. Siap blend buat green smoothies lagi. Hahaha

5) GLA Shaklee. Yang ni uolss amalkan pun akan menampakkan hasil InsyaAllah. Macam saya, baru nak cuba GLA ini. So, tak dapat nak bagi testimoni sendiri mengenai supplement tersebut. Nanti kalau dah sebulan mencuba, saya akan ceritakan apakah yang akan terjadi. Jeng jeng jeng. Tapi, kalau mengikut sifu saya, ramai yang makan GLA untuk senggugut teruk nie. 

Begitulah cara saya mengatasi masalah senggugut. 

No comments: