Thursday, June 11, 2015

Bukan Tenaga Pegajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum dapat kerja yang tetap, Alhamdulillah saya diberi rezeki dalam bidang pendidikan. Walaupun, sekejap tetap bermakna. Sesiapa yang memang memahami hati seorang tenaga pengajar pasti anda faham perasaan saya. #sekaairmata

Nat memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen selepas tamat pengajian. Bukan senang untuk Nat mendapatkan kerjaya itu. Saya pergi setiap Pusat Tuisyen yang ada di kawasan perumahan Nat. 

Nat bukan menonong pegi pusat tuisyen itu pakai T-shirt dan jeans je tau. No no no. Nat pakai baju kurung, tudung bawal dipakai rapi dan kasut tutup okay. Dah macam perempuan melayu terakhir tau. Hikhik. 

Nat mohon jawatan itu. Bukan setakat pakai mulut je tau. Hantar resume tau.hehe. Lepas itu, dipanggil untuk temuduga. Ada yang terima dan ada yang mencari seorang guru yang berkualiti dan semestinya guru itu berlatarkan pendidikan. Haa, maksudnya yang pernah mengajar walaupun GURU GANTI. Saya yang super sendu ni terus senyap..hmmm

Suatu hari, ketika makan cekodok di pagi hari, Tetiba dapat panggilan dari sebuah pusat tuisyen, dan pengetua tu kata dia terima saya bekerja. Tapi, tak lama pun. Sebulan jer. Sebab ganti cikgu yang tiada. Saya tak peduli pun. Sebulan pun sebulan lah, atleast saya tak duduk rumah bersahaja okay! 

Sebulan kerja maksudnya 10jam bekerja dan Nat berjaya meraih Rm200. Itu adalah gaji pertama daripada kegigihan dan kesungguhan Nat. Hikhik. Gembiranyaaa hanya tuhan je yang tahu. RM200 kalau tak berusaha, tak dapatkan. Alhamdulillah.

Di Pusat Tuisyen tersebut, Nat belajar macam macam tau. Antaranya, cara bercakap dengan orang. Komunikasi 2 hala.  hahaha. Sendu tak? Lagi-lagi dengan budak2 memang mereput Nat melayan mereka ini. Tapi, serius seronok. Kalau dulu, Nat mungkin jenis yang okay je dengan pendapat orang lain, dan takut untuk menyuarakan pendapat sendiri. Terukkan. Ish ish. OPPSS, sekarang tidak lagi. If Nat tak puas hati, Nat direct je bagitahu. No more pendam simpan terendam. Hahaha

Selepas daripada menyandang gelaran guru tuisyen, tiada lagi panggilan untuk berkerja. Duduk lah terperap dalam rumah sambil tangan aktif menghantar resume ke pelbagai syarikat. Hehe.. Rezeki Allah S.W.T itu luas. Tapi kita kena berusaha untuk mendapatkannya. 

Bersambung..nantikan next ceghita pulak. Hikhik. Macam ada yang nak baca je. Mihmih

No comments: