Sunday, July 26, 2015

Hobi n Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda disana? Hehe. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sebagai seorang insan, kita pasti mempunyai hobi. Tak kisahlah hobi uolss keren atau biasa sahaja. Yang penting HOBI! Hobi selalunya dilakukan pada masa lapang atau terluang. Kalau uolss dah menghadap 24jam itu namanya kerjaya. Hikhik. Tak tak. Nat memain je.

Zaman budak sekolah, hobi yang mendapat tangga teratas mesti mengumpul setem. Betulkan? Lepas itu, membaca, berbasikal, menyanyi, dan pelbagai lagi. Haa, kalau bab hobi mengumpul setem ni memang Nat tak minat. Sebab Nat tak reti nak bersurat menyurat nie. Ayat pun sendu lagi kalau nak berutus surat nie. Makanya, no setem. Huhu. Tapi tapi, ada kawan Nat ni, punyalah banyak album setem. Kagum Nat dengan kesungguhan dia mengumpul setem. Bagus sangat!

Kalau macam Nat, hobi Nat suka mencuba produk kecantikan yang baru. Hahaha. Bajet anak orang berada kan. Hobi ini muncul setelah Nat habis sekolah. Kiranya, masa diploma lah kan. Zaman sekolah skincare pertama yang Nat pakai adalah Fair N Lovely. Haa, yang model dia ala ala hindustan tu. Yang itu lah. Hee. Alhamdulillah muka masa itu takda lah nak jerawat sangat. So, takda masalah dalam penggunaan pencuci muka. Bila masuk je diploma, mulalah nak berpaling hati. Nak try pencuci muka baru pula. Hati tak istiqomah memang susah. Duit biasiswa lah jadi korban. Tapi, Nat pun bijak berbelanja. Produk yang dipilih haruslah tidak menggangu kos makanan Nat. Hahaha. Makan iTu perlu.

Pernah dengar OLAY tak. Pencuci OLAY ni paling lama Nat guna. Dari Diploma sampai Degree kot. Dalam 6 tahun. Lama kan. Kalau diikutkan dah boleh jadi duta OLAY kan. Hahahaha. Yang ini paling sesuai rasanya. Plus, produk ini masih senang untuk didapati di kedai kedai. Pernahlah satu ketika, buat facial kat kedai. Orang kedai tu tanya. Awak pakai produk apa? Kulit awak takda masalah. Whitehead n blackhead pun kurang. Itu lah yang dia tanya. Nat tanpa segan silu terus jawab, guna OLAY je. Terus sambung tidur. Hahaha. Takde proses picit memicit kat muka. Memang tido berdengkurlah masa buat facial tu. Ekeke.

Tapi, sekarang kat tempat Nat susahlah nak dapatkan produk yang Nat guna dulu. Lalu bertukarlah lagi produk. Huhu. Baru baru ini, try produk daripada LUMINOUS. Haa, mesti pernah dengar kan. Produk ini daripada blogger yang sangat terkenalll. Namanya kak NameeraRoslan. Nat pun baru 3 hari mencuba. Takdapat nak bagi apa apa rasa lagi. Hhe. Tapi yang nampak, suka krim pagi dia. Lepas pakai, tak de dah minyak kat muka. Memang best lah dengan SPF18. Wah wah. Nanti Nat kongsi sikit macam mana rasanya bestnya pakai produk LUMINOUS nie. Hee. Dah lah, penghantaran cepat. Harini bayar, esok post, lusa dapat. No delay okay. Plus, kak Namee nie baik je melayan pelanggan yang super sendu nie.hahaha.

Mudah mudahan terus istiqomah. Hehee
Post a Comment