Thursday, December 17, 2015

Pengalaman di ILSAS SL1M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca. (Ada ke yg baca. Hahah. Sendu). Tak kira lah, sebab kekadang tengok dekat search keyword ada yang type "ilsas ada penginapan ke", sl1m tnb, kain royal satin, kain songket lembut dan yang paling banyak sekali "PIXY".

Fokus pada harini hanya mengenail SL1M TNB. Jangan rojakkan cerita. Nanti marah pulak pembaca. 

SL1M TNB IBE ini seperti semua sedia maklum, ianya merupakan satu program kerajaan untuk menghasilkan graduan yang marketable. Dalam kata lain, yang boleh pergi lebih jauh. Kalau sebelum ini, nada jenis yang kurang bercakap, masuk program ini anda mampu untuk berkata2. Silap2 boleh buat cerita dongeng lagi. Hihihi. Program SL1M TNB ini berlangsung selama 8 bulan. Dalam pada masa yang sama, anda jugak dikehendaki untuk mencari kerja yang lain, sebab mereka tak menjanjikan semua pelatih akan diserap ke dalam TNB. Dapat tak?

Tempoh pembelajaran/ kursus selama 2 bulan, another 6 months anda semua akan mengikuti ON JOB TRAINING (OJT). Tempat kat mana OJT, mereka akan tetapkan. Kalau anda rasa anda lebih senang OJT kat rumah anda, specify kan daerah mana waktu temuduga. Kalau anda diletakkan dimana2, pujuk hati, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hehe. Mudahkan.

Selama berkursus di ILSAS, tempat tinggal disediakan, makanan disediakan, semua disediakanlah. Anda tinggal kutip je ilmu2 yang tenaga pengajar curahkan. Hehe. Tapi, time OJT semua sendirian berhad tau. Sewa rumah, api air makanan semua tanggung sendiri.

Kita sertai SL1M ini kita akan diberikan elaun. Kalau sebelum ini, anda2 mesti ada dengar yg TNB beri elaun sebanyak RM2000. Tapi, masa saya, saya hanya memperolehi RM1500. Ikut anda mohon SL1M pada waktu bila. Nilai elaun tidak begitu penting jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat.

Heheh
Post a Comment