Monday, November 16, 2015

Pemalu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau kita lihat dan perhatikan, terdapat pelbagai jenis sifat manusia. Ada yang PEMALU, bersahaja, kuat berangan, bijak pandai, jenis suka bergaul, suka sendiri dan macam2 lagi lah. Hehe. Semperna duduk kat tempat training nie, every malam mesti borak dengan roomate. Every Night okay! Tido confirm pukul 1 macam tu. Tapi, dari segi positifnya, kitorang dapat mengeratkan silaturrahim gitew. Hehe. Setiap hari, ada je benda nak cerita; dari perihal training, sampai kekasih hati okay! Hahaha. Ni paling kelakar. Baru kenal 6 hari, dah boleh share pasal kekasih hati. Tak kisah pun pasal itu, as long as Hani percaya akak, akak tak kisah pun. Hheehe.

Nama roomate ni HANI. Nama sebenarnya sampai harini tak tahu. Hikhik. Tahu nama manja je. Dia nie umur 23 tahun kira memang muda sangatlah. Tapi, pengalaman dan cara dia bergaul sangat matang. Itu yang senang nak masuk. Dia ni kekadang jumpa tepi jalan, main jerit je "Akak". Seronok kawan dengan Hani nie.hehe. Nak dijadikan cerita, setiap petang mesti ada yang pasang lagu kuat2. Saya okay je, takda masalah. Tapi, fahamlah, kekadang waktu macam tu orang nak solat ke baca Al-Quran ke, pepandailah. Yang Hani ni pulak boleh kata, akak pegilah tegur mereka. Akak kan PEMALU. hahahah. Hani baru kenal akak 6hari pun, mengaku akak ni seorang yang pemalu. 

Makanya, terbuktilah saya ini seorang yang PEMALU. hahahhaha. Ramai je lagi trainee kat sini seperti cerminan saya daripada segi sifatnya. Hehe.

Anak kedua, kebanyakkannya pemalu dan pendiam. Suka berfikir dan kalau terdapat sesuatu masalah, dia akan cuba mencari jalan menyelesaian secara bersungguh2. Tapi, jenis malas. Semua kerja last minute. Ekekekeke.

No comments: