Saturday, November 14, 2015

Pengalaman Training di ILSAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai. Hai. Up new entry lagi. Hahaha. Dah selamat seminggu duduk dan menetap di ILSAS nie. Macam-macam dengar cerita pasal ILSAS nie, sama ada zahir atau ermm. Tak kisahlah, letak ketepi dulu cerita itu, kita buka dulu topik pembelajaran di ILSAS. Seriously, seronok sangat kott. Bab makanan jangan cakaplah. Memang ala2 hotel2 giteww. Hihihi. Ambil lah bebanyak pun, its okay. 

First day, dah dapat group Dist 2. Nak get along tu, punyalah segan. Tapi, boleh masuk jugak, walaupun slow slow. Hehe. Nanti saya tepek muka kengkawan saya kat sini tau, tapi bukan sekarang. Belajar daripada Generation, Transmission sampailah distribution. Kalau dulu, belajar dalam kelas, blur je. Lecturer cakap faham?  Of course faham, sbb kitorg jenis faham dan hafal jenis soalan. Sendu tak! 

Sekarang ni, baru dapat peluang, nak relate kan dunia theory dengan dunia nyata. Perlukan masa yang lebih nie. Nak jadi tenaga pengajar kemahiran kan, haruslah sungguh2 dlam belajar. Mana lah tahu, one day jadi tenaga pengajar ILSAS kan. Hehehe. Tak siapa yang tahu. 

Soalan yang ditanya amat basic, tapi sendu nak jawab. Macam takpernah belajar. Soalannya mudah je, apa itu voltan arus rintangan? Itu je tau. Tapi, nak jawab tak tahu. 

Saya panggil tenaga pengajar tersebut lecturer ye. Try jawab,

Saya: umpama bawak basikal, kita kayuh itu adalah voltan/pressure. Kelajuan adalah current, nak kawal kelajuan, kita pakai break. Dan break itu ada resistance.

Encik: hampir tepat..sebenarnya, dia umpama air sungai yang deras dimana didalamnya terdapat batu. Batu merupakan resistance, air adalah current..dan deras air td adalah voltan. Itulah yang encik bgtahu. 

Senangkan nak faham!

Bersambung..
Post a Comment