Sunday, November 8, 2015

Pembelajaran di ILSAS *part1*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini mula lagi fasa baru dalam kehidupan saya. Bakal ada satu lagi warna di dalam lakaran kehidupanku. Hehehe. Nak kata happy, okaylah. Nak kata sedih, okaylah. Bak kata orang sedang-sedang je. As long as, kita pandai menikmati segala yang Allah S.W.T kurniakan, InsyaAllah, pasti yang baik akan menyusul. Amin.

Today adalah hari lapor diri dekat ILSAS. Sebelum ni pernah lah jugak pegi kat sini, tapi pergi YTN dan UNITEN je lah. Tapi hari ini, ke ILSAS lah kita. Hehe. Nak datang ke sini, hampir 2 jam. Sebab bawak lambat! Sampai je ILSAS terus daftar kolej aka tempat penginapan. Haa. Malam kang baru daftar sebagai Trainee. Kat sini, saya akan mengikuti latihan as a SL1M's Trainee untuk TNB. Lepas tu korang duk sibuk cakap, bukan haritu dah ramai masuk ke bulan 3 haritu. YUP! sesungguhnya mereka dah masuk haritu. Saya tak dapat yang haritu punya. Tapi, Alhamdulillah dpt yang hari ini punya. Jalani sebaik mungkin.

Kawan pun tak kenal lagi nie. Nak menapak dari satu bilik ke satu bilik, segan pula. Takut mereka penatkan, jauh2 baru sampai. Hehe. Yang saya kenal pun, dengan Leha. Leha ini saya kenal masa interview SL1M TNB juga. Selalu berhubung melalui phone je. Dan sekrang, kami berdua dapat menembusi temuduga tempohari. Hehehe. Alhamdulillah, seronok. Malam ini, proses menambah kawan lagi. Lagi ramai lagi bagus. Boleh jadi geng gosip, jenjalan dan macam2 lah. Hihihi

Malam ni, perjumpaan pertama kami di bilik Diamond 2. Nak lapor diri, hantar borang bagai. Semoga semuanya perjalan dengan lancar. Amin. 

Opss, lupa. Mak dengan abah suruh mohon TPM UiTM. Maksudnya mak abah kasi sambung belajar lah nie. Tapi, nak sediakan proposal tu, hmm hmm. Saya cuba sebaik mungkin. Esok minta adik belikan no pin. Mudah mudahan dipermudahkan urusan untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan memperolehi kejayaan. Amin.

Kalau tengok cerita diatas, mesti anda fikir, saya ni takda perancangan ke. Hikhik. InsyaAllah, ada.
Post a Comment