Tuesday, November 3, 2015

Resepi Donut Tanpa Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom rajinkan diri masak-masak kat dapur yang hmm hmm, sendu tu. Hahaha. Kekadang terfikir jugak, cantiknyalah dapur di rumah ku ini. Tiada minyak-minyak yang melekat di dinding. Nak kata rajin mengemas tak jugak. Lepas direnungkan 18 hari, tetiba dapat jawapan. 

Ting!

Dah lama tak masak ghupenya. Tepuk dahi kejap. Cukup2 lah tepuk dahi tu, kang merah pulak. Mihmih


Lets start:


Bahan2nya;


-tepung gandum 3 senduk nasi tu ( dapat dalam 15 ketul donut)

-marjerin 1 sudu makan (tapi i yang jenis kampung girl nie guna planta je, jangan baca placenta sudah)

-gula halussss sikit je. ( bagi tepung tu maneh maneh sikit)

-telur 1 biji (pakai yang kuning).

-Mauripan (guna setengah paket)



Cara2nya:

1) Mauripan tadi dibancuh dengan sedikit air mineral. Jangan terlalu banyak air, dan jangan terlalu sedikit air. Just nice. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat sampai bergumpal. Pastikan, mauripan tadi menjadi larutan tau.

2) Masukkan semua bahan2 tadi termasuk larutan mauripan ke dalam mangkuk. Lepas tu uli2 tepung itu dengan menggunakan hujung2 jari tau. Uollss uli, sampai adunan tadi tak melekat kat jari jemari runcing uolss. Kalau rasa macam lembik sangat adunan, tambahkan tepung. Lagi lama uollss uli, lagi kembang adunan boleh pergi ( ni mak yang cakap, tak pasti betul ke tidak. Hikhik)

3) Bila adunan dah jadi cantik. Bahagikan adunan kepada bulat bulat kecil. Lalu, create satu lubang ditengah2 bulatan tadi. Biarkan dalam 5 minit.

4) Gorengkan bulatan kecil2 tadi. Dan siramkan donut tadi dengan gula halus.

Yummy yummy. 2 kali repeat tau buat donut nie. Memang gebu sahaja.

Selamat mencuba!
Post a Comment