Monday, November 2, 2015

Pencuci Muka yang Alami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk adik2 cantik manis diluar sana, mesti awak rasa tak best bila jerawat memenuhi muka kan. Mengakulah dik. Akak pun pernah melalui keadaan persis seperti kamu suatu masa dulu zaman remaja akak. Sekarang pun muda lagi kot. Ekeke.

Sememangnya, akak daripada Form 1 dah pakai produk pencuci muka nie. Dedulu, abah yang belikan. Tak kisahlah jenama apa, apa yang abah beli, akak mesti pakai. Hihihi. Akak pakai pencuci muka ini pun bukan sebab nak nampak cantik macam Dato Siti Nurhaliza, mahupun Nora Danish. Sebab utama, untuk buang minyak yang melekat setelah seharian di sekolah. Itu je motifnya! No More!

Tambahan pula, Zaman akak dulu xde google ni, so, taktahu lah jenama skincare mana yang tengah hits. Pakai susu kambing je. Hahahha.


Tapi sekarang, rasa macam nak lebih alami gitu. Berikut merupakan bahan2 yang sering digunakan oleh akak untuk pembersih muka :

- basuh muka pakai serbuk kopi plus madu. Lepas sapu dekat muka dan biarkan dalam 3 minit macam tu, then bilas.

-kekadang try lemon dipotong nipis, then sapu kat muka. Pedih sikit, tapi dah lama-lama okay je. Bisa diatur. Hihi

- terkadang gemar jugak menjadikan putih telur as a mask. Muka jadi tegang je bila pakai putih telur nie. Dah pakai, tunggu kering, jangan lupa basuh tau. Jangan sesekali lupa!

-kalau nak scrub muka, pakai serbuk kopi dengan madu pun okay. Kalau nak yang lebih jitu lagi, gaul sebati gula pasir dengan madu. Yang ini, saya selalu guna. Best je. Tapi jangan lupa dibasuh. Nanti muka uolss merah-merah pulak digigit semut.

-kalau nak kurangkan kantung mata, uncang teh disejukkan semalaman di peti sejuk, lalu di letakkan di bahagian mata. Nyaman dan dingin gitu.

Rasanya itu sahaja yang pernah saya cuba dan amalkan sehingga sekarang. Kopi dengan madu tu feveret lah. Cubalah!

No comments: