Friday, April 24, 2015

Gembira dan bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau diukur kegembiraan, boleh ke pakai pembaris? Mestilah tidak! Kalau diukur kebahagiaan, bolehkah diukur dengan penunu bunsen? Confirm terbakar!

Nampak tidak, kebahagian dan kegembiraan tidak dapat diikur dengan sebarang skala. Malah, ianya infinity! Infinity! Sesungguhnya, kegembiraan dapat melupakan perkara sendu dalam kehidupan. Mihmih.

Kadangkala ada yang gembira walaupun hanya mendapat gula-gula daripada kawan-kawan. Tahu tak, sebenarnya kawan tu bukan gembira sebab dapat hadiah, tapi, gembira sebab kawannya masih ingat kat dia walaupun terpisah jarak. Motifnya, walaupun sebesar zarah pemberian kita kepada seseorang pasti ia dapat menghadirkan kegembiraan dan kebahagian kepada mereka. Mereka sangat menghargai!

Terkadang ucapan terima kasih pun boleh mendatangkan kegembiraan kepada seseorang. Contohnya, makcik dewan makan kat asrama. Lepas beratur, ucapkan terima kasih. Esok, confirm dapat makanan yang lebih sedap. Silap-silap boleh dapat KFC. Haa, seronokkan!

Marilah gembirakan mereka disekeliling kita dan yang terpenting diri kita. =)


Post a Comment