Saturday, April 18, 2015

Introvert (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

N3 sebelum ini, hanya memaparkan gambar mengenai introvert dan extrovert. Itu hanyalah sebuah lukisan yang mungkin akan memberi bayangan mengenai apakah itu introvert dan extrovert?. 

Malangnya, ilmu yang saya perolehi masih tidak cukup untuk memperkupas lebih dalam mengenai perkara tersebut. Makanya, ianya akan diterangkan secara berperingkat. Hikhik. Pembacaan itu perlu, walaupun perkara itu sekecil zarah, ia mungkin akan menjadi virus. Haa, macam itu lah.

Mengikut pemahaman secara kasar, mereka yang dikategorikan kepada kelompok introvert apabila seseorang itu jenis yang pendiam. Tidak gemar bersosial. Lebih kepada menyendiri. Bagi mereka yang bijak pandai, mungkin, mereka akan berpendapat bahawa golongan seperti itu adalah golongan yang tidak dapat bertindak dalam sela masa yang cepat. Kamu salah. Ya, kamu SALAH!

Mereka bukan lambat bertindak tetapi mereka gemar berfikir berfikir dan berfikir sebelum bertindak. Dan mereka akan pastikan bahawa tindakan mereka adalah yang terbaik dan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.

Tambahan pula, apabila mereka mula berbual, mereka akan pastikan setiap butir perkataan dan susunan ayat menpunyai isi penting. Mereka tidak gemar untuk ngobrol kosong. Daripada sikapnya ini, golongan introvert dikatakan golongan yang sombong. Sebenarnya bukan, mereka ingin pastikan setiap percakapan mereka mengandungi info yang boleh digunakan oleh setiap yang mendengar. 

Info paling menarik untuk mereka yang suka meluahkan isi hati atau perasaan, silalah cari seseorang daripada kategori introvert. Hal ini disebabkan oleh, mereka adalah pendengar yang setia. Sekiranya mereka memberikan pendapat, ternyata pendapatnya itu sudah ditapis secara berperingkat sebelum disampaikan kepada anda. Berfikir dahulu kemudian bertindak.

Secara ringkasnya, ciri-ciri seorang introvert adalah:
  1. Seorang yang pendiam
  2. Tidak pandai bersosial atau gemar bersendiri
  3. Berfikir dahulu sebelum bertindak
  4. Boleh dijadikan seorang pendengar terhadap permasalahan kita.
Ini hanyalah sebahagian kecil daripada ciri-ciri introvert. Sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai introvert, anda boleh berkongsi di bahagian komen.

Terima kasih atas pembacaan.

Pesanansimanis: Saya menulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Sekiranya ada pernyataan yang mengguriskan hati, mohon maaf didahulukan. #penulisbaru #jagahatimereka



3 comments:

SukaSedap MY said...

no 2 gemar sendiri tu mcam ada kena sikit . huhuu

LembutSiMerahJambu said...

Kena ke? Kira x berapa nak introvert lah ni. Hehe

Ash Awan said...

tq info. bila baca info ni macam tengok cerita divergent