Wednesday, April 8, 2015

MELAKAR PELANGI TERINDAH

Assalamualaikum.

Langit terlihat mendung. Namun, belum tentu lagi titisan hujan bagai turun dengan pelbagai rentak. Pandangan semakin menumpu pada satu objek yang tidak bernyawa. Pada mulanya, hanya sebuah kereta yang terlihat di mata, akan tetapi, semakin lama pandangan terus menembus ke suatu alam yang lain. Khayalan terus menjadi satu titik fokus utama.
.
.
.
.
.

Tetiba terkenang pada satu perjalanan yang amat sulit tetapi Alhamdulillah, berjaya menjalaninya dengan lakaran pelangi. Perjalanan seorang hamba di muka bumi ini berbeda bagi setiap insan. Itu yang pasti! Terkadang, mereka diluar sana hanya berkata mengenai pelangi yang menjelma pada seseorang itu. Pernahkah mereka melihat betapa sukarnya untuk melakar pelangi seindah itu? Pernah?

Dengan pengalaman melakar itu, kita lebih menghargai diri kita dalam sukar mahupun senang. Kadangkala terasa ingin sekali memberhentikan putaran masa, dan kembali kepada masa terindah. Tapi itu hanya khayalan semata. Masa tidak dapat diundurkan. Sekarang mungkin kita tiada apa-apa, tapi kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memberi bahagia dan sinar dalam kehidupan kita. Itu mesti! 

Inilah jadinya bila jatuh terperuk. Sentiasa ingat akan PELANGI SAYA. Bangkit untuk melakarkannya.

LAKAR PELANGI

BYE bye muah muah... love is you.

No comments: