Friday, May 15, 2015

Hero vs Nyam Nyam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haa, siapa pernah makan cekedis atau nama glamournya jajan? Lagi-lagi jajan HERO dan NYAM NYAM. Ada tak? Hikhik. Ke rupa bentuk HERO pun awak dah tak dapat nak ingat. Almaklumlah, inikan zaman tab. Dah tak makan jajan-jajan nie. Hehe. Gurau gurau tau.

Okay, meh cerita sikit. Masa zaman muda belia cantik menarik saya, saya minat benar makan 2 makanan ini. Memang kesedapannya tak mampu ditandingi lah masa ketika itu. Disebabkan oleh bilangan adik beradik yang ramai, kami perlu membahagikan jajan-jajan ni dengan adil, supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari. Hahahaha. 

Nak, saya tunjuk sikit apakah makanan itu.
Tadaaaa


Nilah makannya. Dah  boleh ingat tak? Zaman lampau punya makanan kot. Hiro sedap, nyam nyam lagi nyam nyammmm. Hehe

Macam mana keadaan isi si Hiro dan Nyam Nyam eh? Anda penasaran. Sama saya jugak!

Jom layan gambar-gambar dibawah ini. 


Amacam? Tergoda tak. Hikhik. Keranggupan rice crispy menyebabkan bunyi kriuk kriuk. Sedapnya tak terungkap. Dengan coklat meleleh. Huwaa. Selamat beli banyak tadi. Boleh makan berulang. Ekeke.


Kek HIRO ni memang serius sedap. Sampai semua kenangan datang menyinggah. Huhu

Awak boleh cari makanan ni dekat kedai borong, takpun Tesco. Sebab minggu lepas baru beli yang kat Tesco punya. 

Okaylah, nak sambung makan jajan lagi.hehe.






Post a Comment