Friday, August 20, 2021

DOWN ITU WUJUD (PART2)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nak cerita je, pernah tak dengar pasal mental abuse nie. Di zaman pkp pkp nie, masalah mental jadi hot issue kay. Termasuk yang menulis ini. Nak cerita mukadimah, tak reti. Terus je le eh.

Di suatu masa dulu, saya seorang yang pendiam. Memang gila2 pendiam. Boleh je nak bercakap, tp bila perlu. Risau, kalau salah cakap, orang akan terasa. Terkadang, benda tu kita anggap gurauan, tp mungkin isu sensitif bagi others. We never know right?  Thats why pilih utk jadi pendiam. Tapi, pendiam yang alhamdulillah bijak. Alhamdulillah. Masa zaman2 belajar dulu, mcm ada je banyak solution utk problem2 nie. Tapi, bila dah era kerja nie, mcm dah slow mo sikit fikiran nie. Tak setajam zaman sekolah. 

Saya perasan je, saya start berkurang after latihan industri. Ada satu ayat yg sampai sekarang, bila saya nak suggest atau advice tentang sesuatu perkara, saya akan teringat ayat tersebut. 

"Dapat 4 flat nie, agak2 boleh dapat kerja bagus tak”.

 Allahu. Berderai terus airmata. Puncanya, nak minta hadiah sebab dapat 4flat utk sem tu. Niat sebenar, nak gurau je. Sekali dapat ayat se-das. Nangis sepanjang hari. Lepas kejadian tersebut, result sem sebenanrnya makin menurun, dan menurun sebenarnya. Yg selalunya boleh dapat 3.91-4.00, terus dapat 3.70-3.90. Alhamdulillah masih okay. Dekan list.

Masuk master, result dah jadi 3.50-3.75. Makin kurang. Sebab tu, saya ambil keputusan, untuk stop sementara dekat master, sebelum sambung PHD.

Mindset saya jadi, its okay asal lulus je.

Kalau dulu, kena score x kiralah macam mana sekali pun. 

Alhamdulillah, masih ada kerja walaupun xsehebat awak2 dkt luar sana and adik beradik. Saya yakin, saya akan bersinar sesuai dengan waktunya. 🥰

Love yourself, before you're falling in love with someone else. 🌹

Salam

Sunday, August 15, 2021

DOWN ITU WUJUD (Part 1)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera awak.


Lama betul tak update blog nie. Bukan setakat bersarang, dah usang barangkali. 😅 Akibat terlalu busy dengan kerjaya kerja dan kerjaya, maka hobi menulis ditinggalkan begitu sahaja. Semakin lama ditinggalkan, semakin rasa kehilangan. Semakin mudah beremosi dan semakin mudah DOWN. Mungkin ini merupakan fasa in my life, di mana, saya sangat merasakan down, demotivated dan jadi lesu kemalasan untuk melaksanakan kerja2 office. Setiap kali habis je weekend, saya rasa takut atau gementar untuk memulakan kerja pada keesokkan harinya. Bila weekdays, sangat counting the days untuk weekend. 😔😔😔

Dalam kepala always bermain, saya x sehebat yang lain. Banyaknya kesalahan dan mistake yg saya buat. Kenapa semua yang saya buat, x sesempurna orang lain buat. Saya ni tak bijak ke? Saya nie menyusahkan orang ke? Saya nie memeningkan orang ke? Actually, soalan2 nie lah yg selalu bermain bila start Isnin. 

Saya tahu, tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T. Tapi, sebagai manusia, if setiap kerja ada je kesalahan wpun kecil, ia akan menjadikan kita rasa, Ya Allah, kenapa masih ada minor kesalahan, sedangkan kita dah mencuba buat yang terbaik. Mungkin terbaik dimata kita, tp belum sempurna dimata mereka yang lain.

Saya meletakkan segala kesalahan hanya diatas diri sendiri. Sebab apa, orang lain boleh je buat, orang lain boleh je siapkan, orang lain perfect je kerja dia, orang lain boleh je menjadi contoh, orang lain dan seterusnya... Dan salah saya, sebab saya always membandingkan diri dengan orang lain. Perbandingan itu untuk menjadi motivasi diri saya, end up perbandingan tu jadi musuh dalam diri saya. Yang sentiasa menghantui dan menjatuhkan saya. Sedihnyaaaa.

Dulu, saya bukanlah seperti ini. Dulu saya seorang yg calm no matter susahnya perjalanan saya. Saya tak indah kata2 orang. If saya salah, saya buat correction until i can get a fullmark. Sekarang, kenapa tak boleh? 

Salah2 ketika submit kerja, ditegur dan disuruh buat correction, kenapa rasa DOWN??? Bagus dah orang tegur, agar awak tak buat kesalahan yang sama. Lambat submit kerja, kenapa boleh jadi macam tu? Disebabkan tak bijak dalam merencana lah kan? Tak tahu, yang mana must do, should do and have to do??? For me, semuanya must to do. Sudahnya, banyak benda yg terlepas deadline, sebab buat kerja2 adhoc nie 😓.

Satu je saya percaya, akan ada pelangi lepas hujan kilat selama berhari-hari. Jom kita layan proses. Kena marah ke, kena kejar ke, kena bebel ke itu adalah effect drpd kesalahan tersebut. So, sabar sabar dan terus bersabar. JANJI ALLAH SWT ITU PASTI. UJIAN DIBERI SESUAI DENGAN KEUPAYAAN KITA.

Nanti if berpeluang untuk menulis, saya akan ceritakan bagaimanakah keadaan saya ketika down tersangat. Semasa tengah menaip nie pun, saya masih lagi down. Love yourself semaunya. 🥰

ALHAMDULILLAH. 🥰

Monday, March 9, 2020

Resepi Sambal Belacan Ashiaappp

Assalamualaikum.

Setelah dikaji selidik, dunia penulisan sudah tidak lagi BOOM jika dibandingkan dengan nge Youtube. Bosan deh!!! Tak kisahlah as long as kita boleh berkongsi info, pakai media apa pun boleh. Okay, untuk kali ini, I nak hajar uolss resepi Sambal Belacan Ala Ala lahhh.

 Bahan2:
  1. Bawang merah (1biji)
  2. Bawang putih (2 ulas)
  3. Cili besar merah (10 tangkai)
  4. Cili api (depends nak pedas tahap berapa. Kalau i letak 10 tangkai. Pedas-pedas terangkat baru best...☺️)
  5. Tomato (sibiji)
  6. Belacan(yg telah dibakar)
  7. Gula merah (bagi ada rasa memanis lebaran sikit)
  8. Garam
  9. Serbuk penyedap rasa (baca ajinamotor je..haha



Cara-caranya:

  • Bahan 1, 2, 3, 4, dan 5  dimasak di atas kuali dengan menggunakan minyak  sehingga 5 bahan itu sedikit layu, lembik.
  • Kemudian, kisarkan bahan-bahan yang sudah lembik, layu beserta belacan di dalam blender. Ni uolss blend agak2. Kalau rasa takut biji2 cili tu, blend sampai jadi juice. Boleh juga kalau nak blend manjah-manjah gittew. Terpulang kepada selera masing-masing.
  • Selepas itu, masakkan balik hasil blenderan tadi ke dalam kuali sehingga benar2 masak. Masa nilah uolss semua bertukar profesi kepada bomoh. Hikhik. Bubuh gula merah, garam dan dan se penyedap rasa mengikut selera anda. Kalau rasa nak manis, lebihkan senyuman 😂. Maaf, salahhhh. Lebihkan gula maksudnya. Adjust ikut tekak kay.
  • Lepas dah settle rasa, angkat dan hidangkan. Nak lagi sedap makan dengan kicap pekat manis ABC. Serius tak tipu!!! Sedap dia bikin nagih gittew. Ashiapp.

Trylah uolss. Makan dengan ayam drummet goreng pun boleh. Makan dengan ulaman pun boleh. Semua boleh.

Maybe next time, i buat video pulak. Kekadang dengan membaca org kurang faham, kena tgk movement. I understand. Dulu i GSTT, so faham juga sifat bebudak nie.

Selamat mencuba. 😁

Thursday, August 8, 2019

PROMO: MAMASAB BY SABRINA BAKERY (PART 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PROMO

💞 Devil Fudge Choc Cake Mamalove💞
Fudge Choc Cake yang ditopping dengan Chocolate Ganache & Cream Cheese Swirl
💞
🧁
💞
Ada promosi yang sangat best sekarang
💞
🧁
💞
📣📣📣 BELI 2 SET DAPAT FREE RED VELVET
MINIPACK 1
💞
🧁
💞
📣📣📣PROMO DARI 5 Aug - 10 Aug 2019 SAHAJA
💞
🧁
💞
Boleh beli untuk orang-orang tersayang, ibu bapa, abang, kakak, adik, suami, isteri, kekasih, rakan sekerja dan sesiapa sahaja orang yang anda sayang. Yang percuma tu boleh bagi makan sendiri hehehe
💞
🧁
💞
Gi Mana??? Tergoda tak??? Iya Iya Iya La
Fast respon, friendly service, delivery to your heart
♥♥♥
💞
🧁
💞
klik je 
https://MAMASABNATRA.wasap.my
💞
🧁
💞
klik je https://MAMASABNATRA.wasap.my
💞
🧁
💞
klik je https://MAMASABNATRA.wasap.my
💞
🧁
💞
#dfccmamalove
#sabrinabakery
#kekmamasab
#mamasabbakeryformerlyknownassabrinabakery
#kekharijadi
#kekharilahir
#kekbirthday
#halalbakery
#surprisedelivery
#sayajualkek
#klfooddelivery
#kekviral
#keksedap
#surprisebirthday
#surprisebirthdaykl
#kekdelivery
#cakedeliverykl
#cakekl
#kekdeliverykl
#klcakedelivery
#klcake
#cakedeliveryselangor #kekdeliveryselangor #tempahanseluruhmalaysia
#offlinekitakuasaionlinekitatembusi
#bestgrowingFnBbisnesaward2018
#bakeryviralmalaysia


Thursday, July 25, 2019

CLBK - LSMJ

Assalamualaikum dan salam chanteq.

Sudah sekian lama tidak menulis. Hampir 36 purnama uolss. Jari ketarr bila jari mula menari dia atas keyboard ni haa.. Lama gila tak blogwalking sambil comment2, seabad tak join contest by others blogger. Gila lah weyyyy.. macam mana boleh jadi macam nie. Nak kata busy tu, xdelah sampai ke bulan dan bintanggg.. SERIUSLAHHHH. Ni namanya penyakit M (MALAS) melanda. Jangan main2 tau dengan penyakit nie, makan tahunnnnn.. HAHAHAHA. Malu pada diri sendiri (sambil tutup muka pakai ekor tudung NEELOFAR).  DONE MEROYAN!!!

BAB 2

Sebenarnya, niat dihati nak petik bunga di laman. Malangnya, bunga di laman sudah di booking orang. Its okay. Dalam laman tu, bukan ada sekuntum je, banyak kuntum lagi. U can decide, if that bunga already taken, why not u choose another one. Easy right??? sambil angkat-angkat kening...lalalalaa. Itu kalau u nak pilih bunga. Macam mana pula dengan pilihan masa depan. Means, you nak jadi orang yang sangat teramat kaya, tapi u duduk santai ala berkelah di tepi pantai. Memang tak jadi kaya tu tapi jadi sangkaya hijau yang sedap dimakan waktu petang..nyumm nyumm. Tetiba TING!!, why not buat side income. Gaji monthly tu ada, tapi alangkah baiknya boleh ditambah2 dengan segala skills yang kita ada. Kan kan kan. Okay, Let's start the journey.

Mula-mula senaraikan kerja-kerja yang boleh dibuat ketika part time (after office hour/ weekend) gittew:

  1. Tutor
  2. Make up artist (MUA)
  3. Agen Dropship
  4. Youtuber
  5. Personal shopper
  6. Grab
  7. Jualan kek/kuih
  8. ...............
  9. ..............
  10. ...............
Dan pelbagai lagi.

Then, pertanyaan saya, kalau nak jadi tutor, yang mana lagi okay?


  1. Home Tutor/ Pusat Tuition
  2. Math/ PKEE/Science
  3. Standard 1-6/ Form 1-5
  4. Fee = RM10-RM25/hour
  5. Period= 2hours/ day (including exercises)
Banyak juga nak fikir nie.. nanti sambung

Monday, July 24, 2017

JAMPI by ENCIK JAMPI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Siapa dekat sini dah terkena jampi lagu JAMPI? Angkat tangan. Saya mengakui, pada mulanya saya amat meminati lagu JAMPI tersebut tanpa mengambil peduli siapakah penyanyi lagu popular tersebut. Sehinggalah 3 hari lepas, tengok dekat MELETOPS di Youtube, MasyaAllah, indahnya paras rupa Encik Jampi. Hihihi.

Memang manis dan sedap mata memandang lah. Kemudian, composer pula tu. Lagilah terpikat. Tapi kalau package mengaji lagi WOWW. hehehe. Serius tak tipu, paras rupa ENCIK JAMPI memang manisss macam gula. Senyum lagi melting gegadis kat luar sana. Mihmih. 

Bermula dari situ, duk lah google, siapakah ENCIK JAMPI nie. Dapatlah sikit2 info. Daripada AF tapi duo lah. Kemudian bergerak secara solo. Ni single dia JAMPI. Dia nak jampi semua orang barangkali. Hehe. Umur dia 30 tahun kot tahun nie (1987).

Gambar sumber google.

Kacak kan..hikhik

Mesti ada yang terikut senyum sekali kan. Hahaha. 

Jom layan lagu JAMPI dari ENCIK JAMPI.





Semoga terhiburlah uolss...



Sunday, July 2, 2017

Bila MissN Boring

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Untuk sesiapa yang ada blog, please comment link blog kalian semua di sini. MissN dah lama tak berbasikal dalam dunia blog ini. Please please please. Dah tahap merayu dah nie...hehehe

Selalu jalan-jalan die:


  1. Namee Roslan
  2. Irine Nadia
  3. Cik Epal
  4. ....
  5. ...
  6. ....
  7. ....
  8. ....
  9. ....
  10. ....
Mohon, selepas ini akan lebih heboh lagi.

Senyap bukan Sunyi tapi silent reader.

Terima kasih uolss.

Salam Sayang

Sunday, April 2, 2017

FAME COSMETIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Lama sudah tidak meng update belog ini. hahha. Bukan tiada masa, tapi malas nak menghadap laptop setelah 5 hari menghadap laptop. Huhu. kejadian yang ingin diceritakan hari ini adalah mengenai cosmetic. Gittew. Lately ni, memang terlayan dan tersuka tanpa sengaja dengan FAME COSMETIC. 

Mesti mereka diluar sana tertanya-tanya famous ke product nie. I jawab dengan angkuhnya " FAMOUS OKAYYY". Hihihi. Memang famous and harganya memang affordable. MAMPU MILIK kata orang. Student boleh memilikinya semudah ABC dan ALIF BA TA. hehheheh. Untuk yang jenis rajin Make-up, tapi teragak-agak untuk membeli lipsetick, mascara, eyeliner, foundation yang  branded, boleh cuba untuk pakai jenama ini. Result amat membahagiakan lah. Product ni memang I guna sendiri. Pergi Office, Giant, Tesco, pergi buang sampah kat depan lorong tu pun pakai. hehehe. Senang untuk digunakan dan ditanggalkan dan calit calit terus cantik. Muahahaha. Macam iklan pula,.

Kalau berminat nak order Fame Cosmetic nie, boleh contact KAKAK tau: 0126330824

Hanyalah sebahagian daripada koleksi kakak sendiri. Banyak lagi sebenarnya. Beli loose item, kumpul dalam beg FAME tu lelama banyak lah..hihihi


Ni salah satu hasil daripada penggunaan Fame Cosmetic.

Berminat boleh order dekat KAKAK tau: 0126330824

Calit calit terus CANTIK. Alhamdulillah


Monday, September 26, 2016

Rasa Hati (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alkisah...

Sebelum mendapat rezeki dalam bentuk kerja yang tetap lagi comel, selalu juga i meng update blog nie. Tapi, sayang...hahaha. Hanya separuh jalan. Apakah itu salah saya. Atau kekangan masa atau pemalas sebenarnya. Bila difikir-fikir kembali confirm saya yang malas. Hmm hmm. Nak buat macam mana, terkadang memalam pun still buat kerja office, tak pernah lekang..tido pukul 12 mlm pun after semua kerja office beres. Akan tetapi??? Pernah ke kerja2 ini habis??? Pertanyaan yang paling sulit untuk dijawab.hikhik

Saya ini bekerja takdelah hebat sangat. Setakat Design Engineer je. Tapi, Alhamdulillah rezeki untuk bekerjaya ada. Amin. Hehe...kerja yang paling lama saya bertahan, even banyak liku2 kehidupan yang pahit terpaksa ditelan. Hahaha. Gaya cerita macam susah bebenar je kerjanya. Takde eh TAKDE. Kerja paling sempoi, bos pun baik. Apa lagi nak? Bersyukur je ke hadrat Illahi. Sebabnya, saya memang jenis yang sensitif, tak boleh orang kuat suara sikit bila bercakap. Terus rasa orang tu marah kita. Hahaha. So, dapat bos jenis soft spoken, kira credit lah untuk saya yang sendu nie. Abah pun kalau nak marah saya, kena ckp senada je. Hihihi. Mengada je pe'el saya nie. Hahaha. Agak agak siapa boleh tahan. Hukhuk.

Dedulu, sampai satu tahap tak tahan, pernah tanya ke kawan kerja(lelaki lah tapi),

 "saya nie sensitif sangat ke?"

Sampai macam tu kot i tanya kat dia. Hahaha. Dan jawapan dia sangat membina.

" eh takdalah. Awak okay."

Jawapan selamatkan. Hahaha. Tapi, if kita ada keresahan, dan dilemparkan ke orang yang jenis berfikiran positif je, confirm kita pun jadi positif. Kalau kita lemparkan persoalan tu dekat orang yang negatif, mahu menangis i balik dari office.. sobsob. Awak kena faham hati saya, walaupun susah untuk dimengertikan. Haa.. ayat pun semakin pelik.. Kalau dulu2 selalu buat karangan "Aku sebatang pen" , sekarang dah boleh buat essay "Aku adalah aku". Confirm!! Semakin jauh penulisan, semakin complicated, semakin susah terurai, semakin banyak rahsia tersimpan rapi dan masih menjadi rahsia walaupun, sudah sampai ke last paragraph. Itu adalah saya.

Biar action yang berbicara.

Saya jenis yang macam nie. Cakap banyak banyak sampai berbuih ( pepatah mak mak) pun tak guna, kalau bercakap dengan seseorang yang mahu menang sendiri. Ambil lah langkah untuk mematikan setiap perkataan sekalipun ayat. Hahahaha Terlihat kejam di situ, tapi nak buat macam mana? Dah jenis tak minat nak ulang point yang sama sampai 88 kali. Kalian semua tidak faham melalui perkataan, biarlah action yang memberi pengertian. Nie kalau orang baca, mesti pening. Dari bab kerja, ke luahan hati dan perasaan. Hihihi...pandai pandai lah switch mode okay!

Kepada si pembaca,

i love u so much
I love you.
I love you too
Hihihi


Sunday, April 24, 2016

Manis Pahit Berlalu

Untuk yang suka mengkritik...teruskan
Tiada paksaan untuk berhenti mengutuk.

Ada yang berkata saya nie bodoh kerana melepaskan seseorang.. hmm
Ada yang kata saya ini tidak pandai menilai...hmm
Ada yang kata saya nie terlalu mencari kesempurnaan...hmm
Itu semua mereka yang kata..

Adakah mereka tahu liku liku yang telah dilalui.
Adakah mereka tahu manisnya yang dilalui
Adakah mereka tahu pahitnya yang dilalui.
Adakah mereka tahu pedihnya yang dilalui.

Mereka berhak menilai
Mereka berhak mengkritik

Tapi,

Saya berhak menentukan jalan hidup saya walaupun pahit, pedih, luka, manis yang bakal dilalui.

Sekian.

Saturday, January 9, 2016

Fokus, Minat, Peluang, dan AMBIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Awak awak di sini, siapa yang berminat untuk shopping? Mungkin window shopping? Saya yakin, mesti ramaiiii sangat terutama sekali untuk kaum hawa. Betulkan??? Hehe. Sebabnya, saya pun jenis spesis yang begitu. Hahaha. Habislah duit gaji yang tak seberapa tapi, Alhamdulillah cukup. 

Faktor utama yang menjadikan saya kaki shopping adalah PANTANG. PANTANG nampak benda cantik, confirm nak beli. Oii lah, saya bukanlah golongan yang bila nak, terus keluar cash. NO NO NO!!!. Saya jenis sebelum membeli, tanya pada fikiran, "benda nie keperluan atau kehendak?". If keperluan , then u can buy it. Kalau just nak memenuhi your kehendak, batalkan niat. Takda pun, kumpul duit, 3 atau 4 bulan baru beli. Hehe. Tu jenis saya lah. 

KEHENDAK ATAU KEPERLUAN?

Sebagai contoh;

Jenis yang fokus pada suatu barang. 
Saya jenis yang minat minyak wangi. Tidak kisahlah ada brand ke giant ke tepi jalan ke, as long as wangi, memang confirm beli. Hikhik. 

Minat pada wangi wangian yang lembut, asalkan bukan bau bunga-bunga nie. For me, bau bunga ni tajam. Hikhik. So, cari perfume yang mempunyai haruman like candy, vanila haa macam tu.

Tetiba jejalan kat shopping tu, ternampak gerai minyak wangi. Fokus pada minat haruman candy and vanila. Opss, ada pulak tu. Jimat duit daripada melayang-layang ke perfume yang branded nie. Hehe

Dah dapat target, then grab it. Senang je. Hari-hari pakai semburan yang sama supaya senang orang nak kesan. Hahaha.

Yang penting

FOKUS, MINAT, PELUANG DAN AMBIL!!!

Siapa yang berminat dengan perfume De'Xandra boleh dapatkan di 0126330824. Nak bertanya-tanya sahaja pun tiada masalah.


Thursday, December 17, 2015

Pengalaman di ILSAS SL1M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca. (Ada ke yg baca. Hahah. Sendu). Tak kira lah, sebab kekadang tengok dekat search keyword ada yang type "ilsas ada penginapan ke", sl1m tnb, kain royal satin, kain songket lembut dan yang paling banyak sekali "PIXY".

Fokus pada harini hanya mengenail SL1M TNB. Jangan rojakkan cerita. Nanti marah pulak pembaca. 

SL1M TNB IBE ini seperti semua sedia maklum, ianya merupakan satu program kerajaan untuk menghasilkan graduan yang marketable. Dalam kata lain, yang boleh pergi lebih jauh. Kalau sebelum ini, nada jenis yang kurang bercakap, masuk program ini anda mampu untuk berkata2. Silap2 boleh buat cerita dongeng lagi. Hihihi. Program SL1M TNB ini berlangsung selama 8 bulan. Dalam pada masa yang sama, anda jugak dikehendaki untuk mencari kerja yang lain, sebab mereka tak menjanjikan semua pelatih akan diserap ke dalam TNB. Dapat tak?

Tempoh pembelajaran/ kursus selama 2 bulan, another 6 months anda semua akan mengikuti ON JOB TRAINING (OJT). Tempat kat mana OJT, mereka akan tetapkan. Kalau anda rasa anda lebih senang OJT kat rumah anda, specify kan daerah mana waktu temuduga. Kalau anda diletakkan dimana2, pujuk hati, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hehe. Mudahkan.

Selama berkursus di ILSAS, tempat tinggal disediakan, makanan disediakan, semua disediakanlah. Anda tinggal kutip je ilmu2 yang tenaga pengajar curahkan. Hehe. Tapi, time OJT semua sendirian berhad tau. Sewa rumah, api air makanan semua tanggung sendiri.

Kita sertai SL1M ini kita akan diberikan elaun. Kalau sebelum ini, anda2 mesti ada dengar yg TNB beri elaun sebanyak RM2000. Tapi, masa saya, saya hanya memperolehi RM1500. Ikut anda mohon SL1M pada waktu bila. Nilai elaun tidak begitu penting jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat.

Heheh

Monday, November 16, 2015

Pemalu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau kita lihat dan perhatikan, terdapat pelbagai jenis sifat manusia. Ada yang PEMALU, bersahaja, kuat berangan, bijak pandai, jenis suka bergaul, suka sendiri dan macam2 lagi lah. Hehe. Semperna duduk kat tempat training nie, every malam mesti borak dengan roomate. Every Night okay! Tido confirm pukul 1 macam tu. Tapi, dari segi positifnya, kitorang dapat mengeratkan silaturrahim gitew. Hehe. Setiap hari, ada je benda nak cerita; dari perihal training, sampai kekasih hati okay! Hahaha. Ni paling kelakar. Baru kenal 6 hari, dah boleh share pasal kekasih hati. Tak kisah pun pasal itu, as long as Hani percaya akak, akak tak kisah pun. Hheehe.

Nama roomate ni HANI. Nama sebenarnya sampai harini tak tahu. Hikhik. Tahu nama manja je. Dia nie umur 23 tahun kira memang muda sangatlah. Tapi, pengalaman dan cara dia bergaul sangat matang. Itu yang senang nak masuk. Dia ni kekadang jumpa tepi jalan, main jerit je "Akak". Seronok kawan dengan Hani nie.hehe. Nak dijadikan cerita, setiap petang mesti ada yang pasang lagu kuat2. Saya okay je, takda masalah. Tapi, fahamlah, kekadang waktu macam tu orang nak solat ke baca Al-Quran ke, pepandailah. Yang Hani ni pulak boleh kata, akak pegilah tegur mereka. Akak kan PEMALU. hahahah. Hani baru kenal akak 6hari pun, mengaku akak ni seorang yang pemalu. 

Makanya, terbuktilah saya ini seorang yang PEMALU. hahahhaha. Ramai je lagi trainee kat sini seperti cerminan saya daripada segi sifatnya. Hehe.

Anak kedua, kebanyakkannya pemalu dan pendiam. Suka berfikir dan kalau terdapat sesuatu masalah, dia akan cuba mencari jalan menyelesaian secara bersungguh2. Tapi, jenis malas. Semua kerja last minute. Ekekekeke.

Saturday, November 14, 2015

Semalam dan harini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ingin bercerita, tapi tiada mendengar. Lalu, terabdi lah cerita itu didalam blog ini. Hahahaha. 

Harini aku berdiri dengan gembira
Kerna semalam aku pernah menangis
Harini aku berdiri dengan tegas
Kerna semalam aku pernah disakitkan
Harini aku berdiri tanpa menunduk
Kerna semalam aku pernah dipalingkan

Semalam telah mengubah aku harini.

Pengalaman Training di ILSAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai. Hai. Up new entry lagi. Hahaha. Dah selamat seminggu duduk dan menetap di ILSAS nie. Macam-macam dengar cerita pasal ILSAS nie, sama ada zahir atau ermm. Tak kisahlah, letak ketepi dulu cerita itu, kita buka dulu topik pembelajaran di ILSAS. Seriously, seronok sangat kott. Bab makanan jangan cakaplah. Memang ala2 hotel2 giteww. Hihihi. Ambil lah bebanyak pun, its okay. 

First day, dah dapat group Dist 2. Nak get along tu, punyalah segan. Tapi, boleh masuk jugak, walaupun slow slow. Hehe. Nanti saya tepek muka kengkawan saya kat sini tau, tapi bukan sekarang. Belajar daripada Generation, Transmission sampailah distribution. Kalau dulu, belajar dalam kelas, blur je. Lecturer cakap faham?  Of course faham, sbb kitorg jenis faham dan hafal jenis soalan. Sendu tak! 

Sekarang ni, baru dapat peluang, nak relate kan dunia theory dengan dunia nyata. Perlukan masa yang lebih nie. Nak jadi tenaga pengajar kemahiran kan, haruslah sungguh2 dlam belajar. Mana lah tahu, one day jadi tenaga pengajar ILSAS kan. Hehehe. Tak siapa yang tahu. 

Soalan yang ditanya amat basic, tapi sendu nak jawab. Macam takpernah belajar. Soalannya mudah je, apa itu voltan arus rintangan? Itu je tau. Tapi, nak jawab tak tahu. 

Saya panggil tenaga pengajar tersebut lecturer ye. Try jawab,

Saya: umpama bawak basikal, kita kayuh itu adalah voltan/pressure. Kelajuan adalah current, nak kawal kelajuan, kita pakai break. Dan break itu ada resistance.

Encik: hampir tepat..sebenarnya, dia umpama air sungai yang deras dimana didalamnya terdapat batu. Batu merupakan resistance, air adalah current..dan deras air td adalah voltan. Itulah yang encik bgtahu. 

Senangkan nak faham!

Bersambung..

Sunday, November 8, 2015

Pembelajaran di ILSAS *part1*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini mula lagi fasa baru dalam kehidupan saya. Bakal ada satu lagi warna di dalam lakaran kehidupanku. Hehehe. Nak kata happy, okaylah. Nak kata sedih, okaylah. Bak kata orang sedang-sedang je. As long as, kita pandai menikmati segala yang Allah S.W.T kurniakan, InsyaAllah, pasti yang baik akan menyusul. Amin.

Today adalah hari lapor diri dekat ILSAS. Sebelum ni pernah lah jugak pegi kat sini, tapi pergi YTN dan UNITEN je lah. Tapi hari ini, ke ILSAS lah kita. Hehe. Nak datang ke sini, hampir 2 jam. Sebab bawak lambat! Sampai je ILSAS terus daftar kolej aka tempat penginapan. Haa. Malam kang baru daftar sebagai Trainee. Kat sini, saya akan mengikuti latihan as a SL1M's Trainee untuk TNB. Lepas tu korang duk sibuk cakap, bukan haritu dah ramai masuk ke bulan 3 haritu. YUP! sesungguhnya mereka dah masuk haritu. Saya tak dapat yang haritu punya. Tapi, Alhamdulillah dpt yang hari ini punya. Jalani sebaik mungkin.

Kawan pun tak kenal lagi nie. Nak menapak dari satu bilik ke satu bilik, segan pula. Takut mereka penatkan, jauh2 baru sampai. Hehe. Yang saya kenal pun, dengan Leha. Leha ini saya kenal masa interview SL1M TNB juga. Selalu berhubung melalui phone je. Dan sekrang, kami berdua dapat menembusi temuduga tempohari. Hehehe. Alhamdulillah, seronok. Malam ini, proses menambah kawan lagi. Lagi ramai lagi bagus. Boleh jadi geng gosip, jenjalan dan macam2 lah. Hihihi

Malam ni, perjumpaan pertama kami di bilik Diamond 2. Nak lapor diri, hantar borang bagai. Semoga semuanya perjalan dengan lancar. Amin. 

Opss, lupa. Mak dengan abah suruh mohon TPM UiTM. Maksudnya mak abah kasi sambung belajar lah nie. Tapi, nak sediakan proposal tu, hmm hmm. Saya cuba sebaik mungkin. Esok minta adik belikan no pin. Mudah mudahan dipermudahkan urusan untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan memperolehi kejayaan. Amin.

Kalau tengok cerita diatas, mesti anda fikir, saya ni takda perancangan ke. Hikhik. InsyaAllah, ada.

Saturday, November 7, 2015

Berminat ke dengan Program TV dari Indonesia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada ke yang berminat nak baca blog yang super sendu nie? Dah lah selalu sepi tanpa berita. Ish ish. Bukan apa, terkadang tu banyak idea, duk lah mengarang bagai, sudahnya hmm hmmm. Draft lagi!

Kebetulan harini pun macam malas nak bercerita, tapi kita share je lah yer.

Pertama sekali, saya nie memang jenis minat terhadap cerita-cerita daripada negara seberang. Terutamanya, Indonesia! Sebab apa minat?? Sebab ianya kelakar, banyak gombal, seru lucu bagai lah. Kalau ada yang tanya, daripada minatnya cerita-cerita dari Indonesia? Semuanya bermula dengan cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTIH. Ingatkan! Duk tunggu sampai beratys ratus episod, sudahnya MIMPI ( sambil zoom kat mata ). Hihi. Walaupun ceritanya macam tu, saya still lagi menunggu apa next? Apa next? Apa next?

Kemudian, saya mula menyukai lawak komedi dari Indonesia. "OVJ" Siapa pernah nonton? Angkat kening. Mihmih. Serius, cerita ni memang lawak gilaaaaaa. Haha. Antara pemerannya adalah SULE, ANDRE, PARTO, AJIZ GAGAP dan NUNUNG. Ceritanya sangat2 lucu, disamping ada nyanyian, rayuan gombal, jahilin pemeran yang lain. Pokoknya, semuanya besttt dan gelak tanpa henti kott. Paling best, lakonan SULE. Lawak habislah. Hahaha. Tapi, sekrang dah takde lagi. Sobsob

Kemudian, beralih kepada EKSIS. haa, Kalau yang ini, saya pernah bahaskan dalam entry tempoh hari. Hehe. Rajin-rajinlah membaca. Hehe. Indra Herlambang!

Dan terakhir sekali, INI TALK SHOW. Ini sejenis talk show yang di hos kan oleh SULE dan co-host ANDRE. Ini pun salah satu feveret saya. Hahaha. Asal ada SULE, memang saya minat ceritanya. Lawak habislah. Hahaha. Dalam nie, ada banyak lagu yang lucu. Contohnya, nanti ada Assistant RumahTangga bawak minuman ke artis,start lah menyanyi;

Bohayyyyy, teh bohay buatan Maya, teh bohay buatan Maya.

Banyak lagi lagu yang lain. Seperti, lagu untuk satay, siomay, rojak..semua lengkap lah. Kikiki

Yang paling tak boleh blahnya, adik lelaki dulu selalu duk kutuk2. Cerita apalah yang ko tengok niee. Tak faham satu benda pun. Lalu berlalu pergi. 

Sekarang tidak lagi, dia yang lebih layan INI TALK SHOW berbanding saya. Tulah, lain kali tengok dulu, jgn nak tembak kata tak best. Hahaha

Tuesday, November 3, 2015

Mistik: Bayi tumpang sepanjang perjalanan pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kembali bermistik. 

Kejadian berlaku ketika pulang daripada tempat belajar ke rumah emak. Sepanjang perjalanan memang dah fikir, harini takmahu ikut jalan A sebab gelap sangat. Tambahan pula, saya pulang sorang pada hari itu. Memang dalam kereta dengar alunan lagu dengan nasyid balada pop rock dut, semua ada. Gerak dari JB tengahari, memang sampai malam lah dekat rumah. Estimate 5 jam perjalanan untuk sampai, tu pun kalau bawak 100++. Kalau bawak seperti kura-kura melintas jalan memang lama lagi nak sampai.

Sampai satu simpang, saya wajib untuk exit keluar nilai. Keadaan masih aman lagi kerana hari masih cerah cerah cerah. Duk layan segala macam lagu, sambil memandu, kepala tak henti2 kata, harini ini tak boleh lalu Jalan A. Bawak memang dah habis hati-hatilah. Sekali, bang bang boom!

Terlepas simpang. Dalam pada hati-hati pun boleh terlepas. Teruk betul perangai. Huh. Dah takda pilihan, dalam keterpaksaan kena lalu juga jalan A tersebut. Rasa nak marah je dalam hati. Yelah, dah aim tak mahu lalu jalan tu, tetiba kena lalu. Mahu tak hangin. Itulah ada kata menyebut " kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". Masih lagi amannn.

Kisahnya bermula di satu titik.

.
Sampai je kat jalan A, dah masuk waktu Maghrib. Memang sepanjang jalan tersebut takda surau untuk berhenti solat. Kiri kanan lombong kata orang. Suasana jadi sangatt gelappp. Kereta semakin berkurang melalui jalan tersebut. Satu dua kereta sahaja yang ada. Tup tup tup...
Terdengar suara baby menangis. Uargg. Saya terus perlahankan volume radio yang sememangnya slow. Masih kedengaran suara baby itu menangis. Makin lama makin jelas. Mahu tidak mahu, saya terpaksa intai ikut cermin pandang belakang. Alhamdulillah, tiada yang tidak tidak disitu. Tapi, macam pelik, satu kereta pun takda yang lalu jalan itu. Gelapnya mintak ampunn. Memang gelap. 

Tetiba terhidu sesuatu yang harum semerbak. Sudah! Takkan lah kot. Ni kat kawasan lombong kot. Instighfar banyak banYk masa itu. Ayat kursi tak lekang daripada mulut. Sampai lah satu tahap, saya berkata di dalam hati;

"Sekiranya kau ingin menumpang di dalam kereta ini, sila keluar setelah sampai ditempat cerah"

Haa, sampai macam tu sekali. Siap buat komunikasi bagai. Huhu. Bila sampai lampu jalan yang pertama, tiada lagi tangisan bayi. Tiada lagi haruman wangi. Tetiba jalan jadi sesak. Belakang saya pun dah ada kereta. Keadaan kawasan tersebut totally lain 360 darjah. Agak2 kenapa yer? 

Sekian.

Resepi Donut Tanpa Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom rajinkan diri masak-masak kat dapur yang hmm hmm, sendu tu. Hahaha. Kekadang terfikir jugak, cantiknyalah dapur di rumah ku ini. Tiada minyak-minyak yang melekat di dinding. Nak kata rajin mengemas tak jugak. Lepas direnungkan 18 hari, tetiba dapat jawapan. 

Ting!

Dah lama tak masak ghupenya. Tepuk dahi kejap. Cukup2 lah tepuk dahi tu, kang merah pulak. Mihmih


Lets start:


Bahan2nya;


-tepung gandum 3 senduk nasi tu ( dapat dalam 15 ketul donut)

-marjerin 1 sudu makan (tapi i yang jenis kampung girl nie guna planta je, jangan baca placenta sudah)

-gula halussss sikit je. ( bagi tepung tu maneh maneh sikit)

-telur 1 biji (pakai yang kuning).

-Mauripan (guna setengah paket)



Cara2nya:

1) Mauripan tadi dibancuh dengan sedikit air mineral. Jangan terlalu banyak air, dan jangan terlalu sedikit air. Just nice. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat sampai bergumpal. Pastikan, mauripan tadi menjadi larutan tau.

2) Masukkan semua bahan2 tadi termasuk larutan mauripan ke dalam mangkuk. Lepas tu uli2 tepung itu dengan menggunakan hujung2 jari tau. Uollss uli, sampai adunan tadi tak melekat kat jari jemari runcing uolss. Kalau rasa macam lembik sangat adunan, tambahkan tepung. Lagi lama uollss uli, lagi kembang adunan boleh pergi ( ni mak yang cakap, tak pasti betul ke tidak. Hikhik)

3) Bila adunan dah jadi cantik. Bahagikan adunan kepada bulat bulat kecil. Lalu, create satu lubang ditengah2 bulatan tadi. Biarkan dalam 5 minit.

4) Gorengkan bulatan kecil2 tadi. Dan siramkan donut tadi dengan gula halus.

Yummy yummy. 2 kali repeat tau buat donut nie. Memang gebu sahaja.

Selamat mencuba!

EKSIS...Semakin Hits Semakin Eksis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apakah itu eksis? Semua pasti tertanya-tanya. EKSIS merupakan satu program tv di Indonesia yang di host kan oleh Indra Herlambang. Kalau semua penasaran ingin tahu macam mana cerita program tv ini.

Meh saya ceritakan sikit. 

Indra akan pergi ke mana-mana rumah artis Indonesia yang lagi popular (Ivan Gunawan, Oki Sentiana Dewi, Ayushita dan yang lain). Setiap episod, satu rumah artis. Indra akan bertanyakan perihal artis ini daripada A sampai Z. Tujuannya, adalah untuk kasi info kepada peminat-peminat mengenai kehidupan artis tersebut. Bukan untuk pamer tau! Terkadang, artis tersebut akan diberikan tugas untuk memasak. Dan, saya pun tidak ketinggalan untuk menyalin resepi-resepi yang dimasak oleh artis tersebut. Ekekeke. #sambilmenyelamminumair

Sebelum kak Indra mengundurkan diri, mereka pasti tangkap gambar bareng-bareng. Hikhik. Lalu, di tampal di album EKSIS.

Siapakah Indra Herlambang?

Jeng jeng jeng