Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya dah banyak kali tengok orang duk post pasal kucing. Geramnya. Saya suka tengok kucing, sebab kucing itu manja. Tapi tapi tapi, saya selalu nampak kucing macam HARIMAU. Dah lah nampak macam harimau, harimau yang paling garang yang hanya menunggu masa untuk menyerang. Seramnya nak pegang dan belai kucing ini. Huhuhu.
Banyak kali mencuba untuk belai si comel kucing ini. Tetap tak berjaya. Sendunya. Malahan, telinga jadi sangat aktif bila dengar bunyi kucing. Bila dengar je bunyi kucing mengiau, mata dah melilau cari kewujudannya. Bila nampak je kucing itu semakin hampir, apa lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ah ah ahhhhhhhh
Menjerit macam nampak benda "lain". Pernah satu ketika, sampai tak mahu makan kat kedai makan. Sebab kucing selalu sangat nak naik kat riba. huwaaaaaa.
Ada orang cakap, bukan saya yang cakap, kucing dapat hidu orang yang takut kucing. Betul ke? Jawab sendiri lah eh. Hahaha. Betul lah kot. Sebab selalu kena attack dengan kucing je setiap kali keluar. Aduhaiiii kucing.
Meh kita fikir luar kotak sikit, cuba bayangkan orang yang takut kucing terperangkap dalam lif yang ada seekor kucing selama sejam. Apakah yang terjadi pada orang tersebut dan kucing itu?
Buat si penggemar kucing, walaupun saya takut tahap pelangi dengan kucing, saya tak pernah tendang kucing itu. Tak pernah walaupun sekali. Nampak tak berapa banyak walaupun. Hihihi. Kurangnya membaca, maka kuranglah penanda wacana. adeh.
Kepada anda yang minat dengan kucing, cubalah bagi tip untuk penakut kucing ini. Manalah tahu, dengan tips2 anda, saya dah tak takut kucing lagi. Hehehe. Kan best.
Salam sayang
2 comments:
Saya dulu takut kucing, nampak kucing konfem lari jauh2. Tapi sejak ada sekor kucing ni tetiba duduk atas riba senyap2, terus rasa sayang kat kucing tu. Pastu dah tak takut kucing dah :D
Alahai. Klau saya, kucing duduk atas riba dengan saya sekali melompat..mcm mana nie.huhuhu
Post a Comment