Tuesday, March 24, 2015

APAKAH ITU CBP???

Assalamualaikum..

Lama jari jemari ini berehat. Sudah tiba masanya beraksi kembali. Apa hot topik minggu ini? Rasa macam GST. Apa kena mengena GST dengan CBP? Dia adik beradik ke? Atau ada talian saudara? Nak tahu jawapannya. Jawapannya GST in English, CBP dalam Melayu. Faham ke?

Lepas tu semua bising, kenapa banyak sangat "???"

GST stands for Government Services and Tax

CBP adalah Cukai Barang dan Perkhidmatan

Itulah kejadiannya.Serba sedikit mukaddimah untuk GST. 

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.

Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

"Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India (Petikan diambil daripada JKDM-CBP)

Terlalu rumit untuk difahami. Kena mentelaah lebih lagi ni. #malutunduksipu. Adakah mendatangkan kelebihan atau kerugian kepada kita adalah tergantung kepada indiidu tersebut untuk menilai.

Mungkin inilah sahaja cerita saya harini. Seronokkan.

bye bye muah muah.... love is you.

No comments: