Wednesday, March 25, 2015

SIFAT MELALUI PANDANGAN

Assalamualaikum..

Eh eh eh. Seronok rupanya mengarang ini. Akan tetapi, ia akan terhenti ketika idea mati. Betulkan? Bukan mudah untuk menulis. Menulis memerlukan bakat. Bakat diasah menjadi berkat, bahkan boleh menjadi sumber rezeki lagi. Hehe

mmmmm. Mulanya macam ini. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melihat sesuatu. Sama ada yang baik atau sebaliknya. Sebagai contoh, peminat kucing tegar akan mengatakan kucing itu comel sambil mengusap2 bulu kucing tersebut. Menurut pandangan saya, orang yang berani dengan kucing itu mempunyai kasih sayang dalam dirinya. Akan tetapi, kita tidak boleh mendakwa mereka yang takut kucing itu seorang yang kejam. No no no. Tidak boleh begitu! 

Lalu, terlihat pula wanita lembut penuh kesopanan cantik ayu malu tunduk sipu. Di kategorikan sebagai seorang yang punya sifat keibuan. Habis yang garang macam rimau ni takda sifat keibuan ke? Dah gaduh, seminggu tidak bersapa. Ish ish.

google


Itu namanya, mereka mengkategorikan kita berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka hanya melihat luaran kita. Sebaliknya, kitalah yang tahu persis diri kita sendiri. Mungkin ada benarnya kata kata mereka, kita harus bersikap menerima apa yang orang cakap. Lepas tu digest setiap ayat mereka. Lalu, baru buat kesimpulan. Janganlah suka melompat ke conclusion. Tahulah anda semua suka melompat lompatkan. hehe. Gurau saja, jangan marah ye.

sekadar berkongsi. Bukan pengalaman sendiri. Berdasarkan pemerhatian juga ni.hehe

Bye bye muah muah...love is you.
Post a Comment