Friday, March 27, 2015

PUTIH GEBU

ASSALAMUALAIKUM...

Hai kengkawan,

Bukan mudah untuk senang dan bukan susah untuk susah! Ayat sepanjang-panjang inilah yang selalu saya ingat bila jatuh merundum tertunduk. Bila dah jatuh sekali, nak bangkit punyalah payah. Berbaldi-baldi air mata pun jatuh. Nak berjalan? Lagi susah. Akan tetapi, semua itu adalah ujian dari Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya. Terima dengan hati yang terbuka dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan. 

Samalah juga dengan soalan, macam mana nak jadi putih gebu macam Fazura? Perlukan sedikit usaha, tindakan dan tawakal. Lupa pula, faktor kewangan pun mempengaruhi juga. hikhik.  Sebenarnya,, bukanlah hendak putih seputih-putihnya. Cukuplah sekadar jemur tengah panas, pipi nampak pinky pinky sikit. Cukuplahhhh. Itu je hasrat si pengemis untuk mempunyai muka putih gebu. mihmih

Kejadian semalam, ketika di Mall. Mall katanya, padahal kedai yang besar sikit dari kedai runcit. haha. Sedang sibuk mencari-cari barang, sekali mak menegur budak kecil dalam stroller. Maka bermulalah conversation ringkas;

Mak: Comelnya you. (lepas dah tegur pandang saya)
 you itu refers kat budak kecil tadi.

Saya: (nak response ke taknak nie. hahaha. Boleh pulak nak fikir-fikir, takpelah) Haah, comel dan putih lagi. Dahlah gebu. Awak sangat comel lah. Putih sangat-sangat. 

( Word putih tu 18 kali ulang kot. Nampak tak, saya jenis yang pantang tengok orang yang putih putih melati ini. Memang mereka makan pujian je lah dari iolss..hikhik).

tiktoktiktok. 

Tetiba bapa budak pula tegur. Dah sebakul saya duduk memuji budak itu baru perasan bapa dia ada kat sebelah (malu terus).

Bapa budak : Awak pun putih juga. Lagi putih. (senyum)

Saya: hehehehehe. Bye bye

Budak kecil: (senyum senyum intai intai saya)

Pengajaran yang diperolehi daripada situasi tersebut, kalau rasa sesuatu benda itu sangat memberi impak kepada diri anda, tidak salah sekiranya kita memberi seberapa banyak mungkin pujian kepada sesuatu tersebut. Malu sikit itu biasalah, dah puji baru nak tengok kiri kanan. Itulah jadinya. ekekeke. Yang penting saya dah melepaskan apa yang terbuku di dalam hati ketika melihat budak itu. AWAK SANGAT PUTIH DAN GEBU.

p/s: Dengar kata kalau nak kulit putih gebu cantik ini, kena makan vitamin C. Marilah pakat-pakat cari vitamin C kat kedai-kedai yang berdekatan. Kalau nak makan Vitamin C APPETON pun boleh. hikhik

http://76.my/Malaysia/appeton-z-kid-s-vitamin-c-100-tablets-orange-gpharmacy-1307-03-Gpharmacy@3.jpg 
Bye bye muah muah...love is you
 
Post a Comment